Euforia Bola 2026
Kerjaya

“Fokus Kerja, Bukan FYP”- Penjawat Awam TAK BOLEH Main Tiktok Atau Facebook Semasa Bertugas

penjawat awam

Ledakan media sosial hari ini memberi kesan besar kepada gaya hidup masyarakat, termasuk di tempat kerja. Namun bagi penjawat awam, keghairahan terhadap platform seperti TikTok dan Facebook tidak boleh mengatasi tanggungjawab terhadap tugas hakiki.

Jadi, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tampil mengingatkan penjawat awam bahawa penggunaan media sosial semasa waktu bertugas boleh melanggar etika kerja.

Baca juga: Cikgu VS Pensyarah, Kerjaya Yang Mana Lebih ‘Berbaloi’ Dari Segi Gaji, Elaun & Masa Depan?

CUEPACS TEGUR PENJAWAT AWAM SUPAYA TAK ‘MAIN’ TIKTOK & FACEBOOK WAKTU KERJA

penjawat awam

Foto: freepik

Dalam laporan terbaharu, CUEPACS menegaskan bahawa penjawat awam tidak seharusnya aktif di media sosial seperti TikTok dan Facebook ketika sedang menjalankan tugas rasmi.

Memang kini ramai sukar berenggang daripada telefon pintar namun, bagi penjawat awam, keutamaan sewaktu bekerja haruslah diberikan sepenuhnya kepada tanggungjawab dan tugasan rasmi.

Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat, menekankan bahawa penjawat awam perlu memberi komitmen penuh terhadap tugas harian mereka. Penggunaan media sosial tanpa kaitan dengan kerja boleh menjejaskan produktiviti dan bertentangan dengan etika perkhidmatan awam.

Beliau merujuk kepada garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sejak Jun 2013, yang melarang penggunaan media sosial bagi tujuan peribadi semasa waktu kerja. Menurutnya, tindakan sedemikian boleh dianggap melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993].

Gunakan Media Sosial Secara Berhemah

penjawat awam

Foto: Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat.

Walaupun CUEPACS tidak mempunyai data spesifik mengenai jumlah tindakan disiplin berkaitan isu ini, pihaknya memaklumkan bahawa JPA dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mempunyai sistem pemantauan serta rekod lengkap berkaitan kesalahan tersebut.

Datuk Dr Adnan turut menyeru penjawat awam agar memanfaatkan media sosial sebagai medium penyampaian maklumat rasmi dengan cara yang bijak dan bertanggungjawab.

“Gunakanlah media sosial dengan sebaiknya untuk menyampaikan maklumat yang bermanfaat. Elakkan daripada mencemarkan reputasi jabatan atau kerajaan,” ujarnya.

Baca penuh: 5 Profesion Ini Paling TIDAK DIPERCAYAI Di Malaysia, Ahli Politik & Influencer ‘Juara’ Carta!

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×