Masalah anak lelaki manja kini semakin ketara apabila ramai yang membesar tanpa sifat berdikari dan tanggungjawab.
Fenomena ini melahirkan golongan man-child iaitu lelaki dewasa yang masih bergantung kepada orang sekeliling seperti kanak-kanak, akibat didikan yang terlalu memanjakan sejak kecil.
Baca juga: Jangan Naik Angin Bila Anak Kecil Main Kemaluan Sendiri, Ini Masanya Mak Ayah Didik Tentang Seksual!
MASALAH ANAK LELAKI MANJA

Gambar AI
“Anak lelaki yang dimanjakan dan diratukan, ada potensi untuk alami masalah psikologi.”
Demikian inti mesej yang dikongsikan oleh Zirwah Al Idrus dalam satu hantaran Facebook.
Anak lelaki sebegini akan jadi sangat bermasalah apabila:
- Tak pandai berdikari walaupun umur dah tua
- Sering menyalahkan orang lain bila tak dibantu
- Mempunyai jangkaan tak realistik terhadap layanan orang lain
Zirwah turut menyentuh isu keibubapaan dan realiti sosok man-child yang semakin wujud dalam masyarakat hari ini.
Istilah man-child merujuk kepada lelaki dewasa dari segi usia dan fizikal, tetapi masih bersikap seperti kanak-kanak dalam aspek emosi, tanggungjawab dan pengurusan hidup.
Lebih parah lagi, jika lelaki ini mempunyai sikap entitled. Di mana, menganggap semua orang sekeliling wajib membantunya dan menyalahkan orang lain atas kegagalannya.
Anak dimanjakan, akhirnya tidak berdikari
Zirwah memberi contoh berdasarkan pemerhatiannya dalam keluarga sendiri, bagaimana ada lelaki yang memperlakukan kakak dan abang seperti mesin ATM.
“Waktu mesin tak keluarkan duit, disepaknya dan terus buat-buat tak kenal,” katanya sinis, namun penuh makna.
Dan Zirwah menyatakan bahawa lelaki macam ini ialah lelaki tidak normal. Mentalnya ada masalah.
Anak lelaki yang terlalu dimanjakan, tidak dilatih berdikari dan tidak diberikan tanggungjawab sejak kecil, akhirnya membesar menjadi lelaki dewasa yang lemah jiwa dan kurang harga diri.
Antara tanda-tanda man-child yang disebut:
- Tidak tahu urus kewangan sendiri
- Mengharapkan orang lain buat keputusan hidup
- Cepat merajuk atau marah bila kemahuan tidak dipenuhi
- Menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri
Lelaki begini tidak lagi menjadi pelindung, malah menjadi beban kepada orang lain.
Qawwam: Lelaki Yang Seimbang Emosi dan Tanggungjawab
Islam telah lama mengangkat lelaki sebagai qawwam iaitu pelindung dan pemimpin dalam keluarga.
Dalam Surah An-Nisa’, Allah menegaskan bahawa lelaki diberikan tanggungjawab besar kerana kekuatan fizikal dan juga peranannya dalam menyediakan keperluan keluarga.
Namun, lelaki yang sihat jiwanya akan merasa bangga bila dapat melindungi, bukan menumpang belas ihsan. Malah mereka akan malu untuk meminta-minta, apatah lagi menyusahkan adik-beradik atau pasangan.
Zirwah turut membandingkan cara didikan masyarakat kita dengan masyarakat Arab Syam yang melatih anak lelaki untuk berdikari sejak kecil.
Baca juga: 5 Tanda Perangai Anak Perlukan Bantuan Segera, Ibu Bapa Perlu Waspada!
Baca juga: 12 Doa Mustajab Untuk Anak Tersayang, Senjata Terhebat Ibu Ayah Boleh Baca Di Hari Arafah
Didikan positif untuk bentuk lelaki sejati
Beliau mencadangkan beberapa kaedah praktikal yang boleh dimulakan sejak awal:
- Latih anak lelaki dengan tanggungjawab asas seperti urus kebersihan diri dan rumah
- Biarkan mereka merasai akibat kesilapan yang mengajar tanggungjawab diri
- Bina disiplin dan dedahkan dengan realiti kewangan sejak usia remaja
- Tanamkan peranan mereka sebagai pelindung keluarga, terutama terhadap adik-beradik perempuan
- Didik mereka dengan agama secara mendalam, bukan tunggu kahwin baru belajar jadi imam
Penting untuk difahami bahawa lelaki yang bertanggungjawab bukan tiba-tiba muncul selepas akad nikah. Ia dibentuk sejak kecil, sejak anak itu tahu membezakan baik dan buruk.
Didik anak lelaki, bukan diraja mereka
Zirwah menutup dengan pesanan penuh makna iaitu anak lelaki tak perlukan harta atau layanan seperti raja. Mereka perlukan perhatian, kasih sayang, didikan tegas dan doa tanpa putus dari ibu bapa.
Jika kita benar-benar mahu anak lelaki menjadi insan yang disayangi Allah dan Rasul, latihlah mereka untuk jadi kuat, bukan manja. Kerana akhirnya, lelaki yang qawwam bukan sahaja membawa dirinya ke syurga, malah menjadi sebab keluarganya turut terselamat.
Baca juga: Tingkah Laku Ulang-Ulang (Stimming) Pada Anak, Normal Atau Patut Risau?
Sumber: Zirwah Al Idrus
FT Image:
