Euforia Bola 2026
Percutian

Insiden Pelancong Diserang Harimau Di Thailand, Rakyat Malaysia Diingatkan Hati-Hati Bergambar!

tiger kingdom phuket

Rakyat Malaysia yang gemar melancong ke Thailand dinasihatkan supaya lebih berhati-hati, khususnya ketika mengunjungi tempat pelancongan seperti Tiger Kingdom Phuket yang menawarkan interaksi dengan haiwan liar seperti harimau.

Hal ini kerana, sikap sambil lewa ketika bergambar dengan haiwan buas yang dipelihara boleh membawa padah!

Baca juga: Kejam! Anak Kucing Mati Dianiaya Tiga Kanak-Kanak, Diseret & Dibiarkan Dalam Bekas Tertutup

INSIDEN TIGER KINGDOM PHUKET UNDANG PADAH, RAKYAT MALAYSIA KENA HATI-HATI!

tiger kingdom phuket

Foto kejadian.

Amaran ini timbul susulan insiden mengejutkan yang berlaku di Phuket baru-baru ini, apabila seorang pelancong dari India diserang seekor harimau ketika melawat salah satu tarikan popular, Tiger Kingdom.

Kejadian pada Khamis, 29 Mei 2025 itu menimbulkan kegusaran terhadap isu keselamatan dan etika pelancongan yang melibatkan haiwan liar. Laporan menyatakan bahawa mangsa mengalami kecederaan selepas cuba mengambil swafoto bersama harimau berkenaan.

Tiger Kingdom dikenali sebagai taman tema yang membolehkan pelawat berinteraksi rapat dengan harimau, namun lawatan mangsa bertukar menjadi detik mencemaskan. Rakaman kejadian yang tular di media sosial, terutamanya di platform X, menunjukkan pelancong tersebut berjalan sambil memegang rantai harimau sebelum haiwan itu bertindak menyerang secara tiba-tiba.

Dalam suasana panik, penjaga haiwan cuba menyelamatkan mangsa, manakala seorang jurulatih menggunakan sebatang kayu untuk menenangkan harimau itu. Walau bagaimanapun, usaha tersebut gagal menghalang serangan daripada berlaku.

Walaupun mangsa hanya mengalami kecederaan ringan, kejadian itu kembali mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen mengenai keselamatan pelancong dan isu etika dalam membenarkan interaksi dengan pemangsa liar.

INI BUKAN INSIDEN KALI PERTAMA

Ramai pengguna media sosial menyuarakan rasa simpati terhadap mangsa, sambil mempersoalkan risiko serta tanggungjawab pengusaha lokasi pelancongan dalam menjaga keselamatan pengunjung dan kebajikan haiwan.

Tiger Kingdom memasarkan dirinya sebagai destinasi pelancongan unik yang menawarkan peluang mendekati harimau secara langsung. Tidak seperti beberapa tempat lain, harimau di sini dikatakan tidak diberi ubat penenang, tidak dipotong kuku dan tidak ditanggalkan taring – perkara yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan aktivis haiwan.

Lebih membimbangkan, ini bukan kali pertama insiden seumpama ini berlaku di lokasi tersebut. Pada tahun 2014, seorang pelancong dari Australia turut menjadi mangsa serangan harimau di taman sama, yang menyebabkan penutupan sementara salah satu kawasan pameran haiwan.

Insiden terkini di Thailand ini berlaku tidak lama selepas satu kejadian tragis di India, di mana seorang petani berusia 50 tahun maut selepas diserang harimau di daerah Balaghat, Madhya Pradesh.

Baca juga: “Manis Agak Nazak..”- Kucing Dibelasah & Dicampak Ke Longkang, Wanita Dedah Jiran Dendam Tanpa Sebab!

Sumber: Siddarth ShuklaMajoriti

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×