Kisah tragis nahas bas dan MPV di Tasik Banding, Gerik yang meragut nyawa 15 mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) masih segar menghantui sanubari rakyat Malaysia.
Meskipun kesemua jenazah telah selamat dikebumikan di kampung halaman masing-masing, kesedihan dan trauma insiden itu terus menyelubungi mereka yang terselamat dan kini sedang menjalani rawatan di hospital.
Baca juga: Kronologi Penuh Nahas UPSI, Gerik Jadi Saksi Pemergian 15 Penuntut Universiti Tersebut!
KISAH SAYU MANGSA NAHAS BAS GERIK DAPAT PERHATIAN MARA

Dalam suasana pilu ini, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, sempat turun padang melawat mangsa-mangsa yang terlibat di Hospital Gerik.
Dalam lawatan penuh emosi itu, tersingkap sebuah kisah pengorbanan yang mengundang rasa hiba. Di mana, kisah Nur Ain Najwa, salah seorang mangsa yang bukan sahaja cedera fizikal, malah menyimpan luka jiwa yang dalam.
Baca juga: Dua Beradik Warga Emas Sedekad Tak Bertegur, Dipertemukan Semula Kerana Anak-Anak, Meruntun Hati!
Nur Ain Najwa, seorang anak yatim yang juga mangsa kemalangan tersebut, menitiskan air mata apabila menceritakan pengorbanan adik-beradik kembarnya demi memberi peluang beliau menyambung pengajian.
“Adik-adik saya terpaksa tolak tawaran UMK dan UniSZA kerana nak kerja dulu. Dia cakap kakak lah belajar dulu, kami tanggung kakak. Nanti kita bergilir-gilir”, jelas adik Ain sambil kelihatan air mata mengalir dari tepi kelopak matanya.
Tambah Ain lagi, ibunya dalam keadaan yang tidak sihat dan bekerja mengambil upah cuci rumah orang. Manakala, ayahnya sudah meninggal dunia yang dulu bekerja sebagai pomen di bengkel.
Ain juga memaklumkan, mereka cuba mohon MARA tetapi silap hantar borang hingga permohonan ditolak. Jadi terpaksalah mereka tolak sambung belajar.
Baca juga: Rider Kecewa Pakaian Pelanggan Menjolok Mata Ambil Makanan, “Tahu Saya Dah Nak Sampai, Tapi Kenapa…”
Dr. Asyraf Wajdi mengakui rasa luluh hatinya apabila mendengar kisah tersebut. Sebagai Pengerusi MARA, beliau berjanji untuk memastikan tiada anak-anak cemerlang yang tercicir hanya kerana masalah kewangan.
Lalu, beliau memberi nombor telefon peribadinya untuk dihubungi agar anak-anak yang bijak ini dapat dibantu.
“Berkali-kali saya ingatkan agar jangan sesekali jadikan kekangan kewangan sebagai penghalang untuk menimba ilmu. Hanya dengan ilmu sahaja yang boleh mengubah kehidupan” kongsi Dr. Asyraf Wajdi di ruangan kapsyen TikTok miliknya.
Beliau yang mewakili Timbalan Perdana Menteri dan YPM memberitahu, Yayasan Pelajaran MARA turut menyalurkan bantuan kilat sebanyak RM1,000 kepada setiap pelajar untuk kurangkan beban keluarga mangsa yang terpaksa datang jauh untuk menguruskan anak-anak mereka.
Marilah kita sama-sama mendoakan agar Nur Ain Najwa cepat sembuh dan diberikan kekuatan untuk pulih daripada trauma kemalangan. Semoga adik-beradik ini terus diberi jalan oleh Allah SWT untuk mengejar impian mereka demi membela nasib keluarga.
@drasyrafwajdi “Adik-adik saya terpaksa tolak tawaran UMK dan UniSZA kerana nak kerja dulu. Dia cakap Kakak lah belajar dulu, kami tanggung kakak. Nanti kita bergilir-gilir”, jelas adik Nur Ain Najwa sambil kelihatan air mata mengalir dari tepi kelopak matanya. Nur Ain Najwa adalah salah seorang mangsa tragedi kemalangan bas di Tasik Banding Gerik awal pagi tadi yang amat menyayat hati kita semua. Beliau anak yatim, kehilangan tempat bergantung apabila ayahnya meninggal dunia beberapa tahun lalu. Itupun hanya Arwah hanya bekerja sebagai pomen di sebuah kedai baiki kereta. Ibunya pula sakit, sebelum itu ambil upah cuci rumah tetangga. Allah takdirkan pertemuan kami dalam suasana sebegini, ketika saya melawat mangsa-mangsa kemalangan di Hospital Gerik pagi tadi. Lebih menghibakan saya, mendengar kisah adik-adik kembarnya yang sanggup berkorban buat kakaknya untuk bekerja mencari nafkah hingga terpaksa menolak tawaran universiti UMK dan Unisza. “Cuba mohon MARA, tapi silap hantar borang hingga permohonan ditolak. Jadi terpaksalah mereka tolak sambung belajar!” Kata Ain. Luluh hati saya mendengar kisah seperti ini. Sebagai Pengerusi MARA, saya akan rasa amat berdosa jika kes-kes seperti ini MARA tak bantu. Terus saya bagi nombor telefon peribadi saya untuk dihubungi agar anak-anak yang bijak ini dapat dibantu. Berkali-kali saya peringatkan agar jangan sesekali jadikan kekangan kewangan sebagai penghalang untuk menimba ilmu. Hanya dengan ilmu sahaja yang boleh merubah kehidupan. Moga Adik Ain segera sembuh dan diberikan ketabahan untuk lalui perasaan trauma menghadapi insiden kemalangan yang cukup menyayat hati. Beliau ceritakan bagaimana masih terngiang-ngiang suara rakan-rakan yang mengerang kesakitan terutamanya yang duduk di sebelah bahagian kiri bas yang melanggar pembahagi jalan. Ayuh rakyat Malaysia kita doakan buat semua mangsa dan keluarga mereka diberikan ketabahan dan kesabaran menghadapi tragedi ini. Kita turut berduka bersama mereka! #Pray4UPSI #UPSIberduka #MerakyatkanMARA #HidupBiarBerjasa #HidupKuMilikUmmah
♬ original sound – Dr. Asyraf Wajdi Dusuki – Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Baca juga: PU Syed Tegur Sharifah Aleya Tindik Hidung, Hukumnya Haram “Islam Larang Walau Suami Reda”
Sumber: TikTok @drasyrafwajdi
FT Image: TikTok @drasyrafwajdi
