Siasatan awal pihak polis mendapati bahawa kemalangan bas pelajar UPSI itu berlaku disebabkan bas berkenaan melanggar belakang kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, sebelum hilang kawalan.
Baca juga: Waris Mangsa Nahas UPSI Menangis Hiba, Suasana Pilu Selubungi Hospital Gerik…
KEMALANGAN BAS PELAJAR UPSI, PEMANDU LANGGAR BELAKANG ALZA

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, siasatan kedua-dua kenderan itu dalam laluan sama menghala ke Gerik dan hasil laporan awal mendapati bas terbabit terlanggar belakang Perodua Alza sebelum hilang kawalan dan terbabas.
“Pemandu bas terbabit berusia 42 tahun manakala kelindan berusia 54 tahun membawa 42 pelajar UPSI terdiri lapan lelaki dan 32 wanita.
“Bas persiaran itu disewa khas pelajar dan dalam perjalanan pulang dari Jertih, Terengganu menghala ke UPSI,” jelasnya.
Menurut Aleeya Maisarah Azizzani, pemandu bas berkenaan memandu secara melalu sehingga melanggar lopak air dan hampir terbabas.
“Saya duduk dekat belah kanan dan saya berdebar masa kejadian itu. Saya mula berselawat dalam hati, kemudian pemandu bas mula memandu secara laju sehingga semua penumpang takut.
“Dekat selekoh bas jatuh ke kiri dan saya tak tahu apa yang berlaku. Saya dengar kawan-kawan saya meronta-ronta meminta tolong, tapi memang saya tak boleh nak tolong. Saya mampu keluarkan diri saya sahaja,” luahnya sambil menangis.
Proses bedah siasat ke atas 15 mangsa yang terkorban akan dijalankan bagi tujuan pengecaman identiti dan penentuan jantina. Sebanyak 13 bedah siasat akan dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, manakala dua lagi di Hospital Gerik.
Sementara itu, mangsa di dalam kenderaan Perodua Alza pula adalah sepasang suami isteri berusia 30-an dan anak perempuan berusia 6 tahun serta anak lelaki berusia tiga tahun.
“Selain itu, 27 penumpang bas yang cedera terdiri 23 wanita dan empat lelaki dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Gerik, Hospital Baling dan Hospital Taiping,” ujarnya.
Beberapa mangsa kemalangan bas pelajar UPSI dilaporkan berjaya keluar sendiri dari kenderaan tersebut untuk menyelamatkan diri.
Malah, terdapat juga mangsa yang tercampak keluar akibat impak kuat perlanggaran antara bas berkenaan dengan sebuah Perodua Alza.
Baca juga: Bas Kemalangan Dan Terbalik Di Jalan Jeli-Gerik, 15 Pelajar UPSI Dilaporkan Meninggal Dunia
Sumber: Sinar Harian & Harian Metro
