Euforia Bola 2026
Dapur

Sayang Nak Buang Makanan Berkulat? Ini Sebab Jangan Buat Macam Itu – Nasihat Daripada Dr Izzar

isu makanan berkulat

Isu makanan berkulat sering kali dipandang remeh oleh sesetengah individu yang beranggapan bahawa membuang bahagian yang berkulat sudah memadai untuk meneruskan makan makanan tersebut.

Namun, menurut penjelasan Dr Izzar Anwari dalam satu hantaran video di Instagram, tindakan ini sebenarnya boleh membawa risiko kesihatan yang serius.

Baca juga: Resipi Peach Gum Enak Berkhasiat, Kaya Dengan Herba Yang Boleh Buat Kulit Anjal & Gebu!

ISU MAKANAN BERKULAT

isu makanan berkulat

Instagram @izzar

Merespon kepada sebuah video tular seorang wanita yang membuang bahagian kek berkulat sebelum memakannya, Dr Izzar menjelaskan bahawa bahagian kulat yang kelihatan di permukaan yang biasanya berwarna hijau itu adalah spora, iaitu sebahagian daripada struktur kulat tersebut.

Hakikatnya, kulat juga mempunyai akar halus yang menjalar jauh ke dalam makanan dan akar ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

“Kalau buang bahagian spora sahaja, bahagian akar itu masih ada lagi. Dan ini bermakna, anda masih makan, walaupun bahagian makanan yang ada spora sudah dibuang,” tegas beliau.

Kulat bukan sahaja merosakkan makanan, malah ia juga menghasilkan racun berbahaya yang dikenali sebagai mycotoxin.

Racun ini boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan termasuk alahan yang teruk dan masalah pernafasan, terutamanya bagi individu yang sensitif atau mempunyai sistem imun yang lemah.

Baca juga: Kerap Makan Oat Jadi Penyebab Wanita Ini Menggigil Satu Badan, Puncanya Risau Berat Badan Naik!

isu makanan berkulat

Instagram @izzar

Justeru, Dr Izzar menasihatkan agar makanan yang sudah menunjukkan tanda-tanda berkulat dibuang terus tanpa kompromi.

Beliau juga mengingatkan ibu bapa agar mendidik anak-anak supaya tidak memakan makanan yang telah tercemar walaupun hanya sebahagian kecil.

“Kalau nampak roti, kek atau kuih berkulat, jangan buang bahagian kulat dan kemudian makan. Buang sahaja terus makanan berkulat. Ajar anak-anak sekali,” tulis suami kepada aktres Ummi Nazeera itu di ruangan kapsyen video tersebut.

Kesimpulannya, mengambil mudah soal makanan berkulat boleh mengundang kesan buruk kepada kesihatan. Jangan ambil risiko hanya kerana sayang untuk membazir kerana kesihatan lebih utama daripada sepotong kek atau roti.

Baca juga: Dah Hujung Ramadan Ramai Suka Makan Mi Segera Ketika Sahur, Banyak Sebab Ia Bukan Pilihan Bijak!

Sumber: Instagram @izzar

FT Image: Instagram @izzar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×