Euforia Bola 2026
Sihat

Anak Masuk Hospital & Terpaksa Dibedah Kerana Kulat Dinding Rumah! Jangan Ingat Hanya ‘Kotoran’ Biasa

Satu perkongsian di media sosial ini benar-benar membuka mata ramai tentang bahaya kulat dinding yang sering dipandang remeh dalam rumah sendiri.

Menurut individu tersebut, dia baru sahaja pulang melawat anak rakannya yang terpaksa menjalani pembedahan selepas mengalami masalah kesihatan yang dipercayai berpunca daripada kulat pada dinding rumah.

Baca juga: 5 Perbuatan Harian Ini Boleh Jadi Punca Sel Kanser ‘Hidup’ & Jadi Penyakit Kejam, Tabiat No.5 Paling Selalu Buat!

KULAT DINDING JADI PUNCA, ANAK TERPAKSA JALANI PEMBEDAHAN

KULAT DINDING

Freepik

“Saya baru sahaja balik melawat anak kawan yang baru lepas buat operation sebab kulat dekat dinding ni, Check lah keadaan rumah masing-masing sebelum memudaratkan kesihatan,” tulisnya ringkas namun cukup memberi kesan.

Perkongsian itu membuatkan ramai tersentak kerana elama ini, tompokan hitam atau kehijauan pada dinding mungkin dianggap sekadar masalah biasa.

Hakikatnya, itu merupakan kulat dinding boleh menjadi ancaman kepada kesihatan jika dibiarkan berlarutan. Kulat biasanya muncul apabila dinding berada dalam keadaan lembap untuk tempoh yang lama.

Kebocoran paip yang tidak disedari, bumbung yang meresap air hujan atau pengudaraan rumah yang kurang baik boleh menyebabkan kelembapan terperangkap. Lama-kelamaan, dinding mula berbau hapak, cat mengelupas dan permukaan menjadi bertompok.

Apa yang lebih membimbangkan, spora kulat yang berterbangan di udara boleh disedut tanpa disedari. Bagi kanak-kanak, warga emas atau mereka yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma, keadaan ini boleh memburukkan lagi simptom batuk, alahan dan jangkitan paru-paru.

Rumah sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk berehat dan membina keluarga. Namun jika masalah kelembapan dan kulat tidak ditangani segera, ia boleh bertukar menjadi punca mudarat yang serius.

Di ruang komen, ramai warganet turut berkongsi pengalaman mereka sendiri berkaitan kulat dinding di rumah yang turut mengganggu kesihatan anak mereka.

KULAT DINDING

Freepik

“Oh ya, saya setuju sangat dengan perkongsian ini. Kami pernah tinggal hampir setahun dalam rumah yang sangat lembap sampai seluruh rumah berkulat. Rupanya puncanya daripada lantai tandas yang meresap air ke dalam dinding.

“Sepanjang setahun itu juga anak kami kerap masuk keluar hospital kerana masalah paru-paru. Tambahan pula, rumah tu memang banyak burung merpati bertenggek di tingkap. Akhirnya, kami ambil keputusan untuk berpindah rumah dan Alhamdulillah, anak terus sihat. Kalau batuk atau selesema pun, selepas dua tiga hari dah boleh sembuh sendiri,” jelasnya.

Perkongsian ini menjadi peringatan agar setiap daripada kita lebih peka dengan keadaan sekeliling. Jika terdapat bau hapak yang berlarutan, kesan lembap pada siling atau dinding yang mula bertompok, jangan bertangguh untuk memeriksa dan membaikinya.

Baca juga: Pakar Dedah Daun Selasih Boleh HALANG Kanser Payudara & Hati, Ini Caranya Kalau Buat Sendiri

Sumber: Threads aryna.ariff

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×