Euforia Bola 2026
Famili

Dr. Amalina & Suami Sambut Kehadiran Anak Kedua, Nama Aurora Sienna Jadi Pilihan!

dr amalina che bakri

Dr Amalina Che Bakri, doktor kelahiran Malaysia yang kini berkhidmat di United Kingdom (UK), sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila mengumumkan kelahiran anak keduanya.

Berita gembira itu dikongsikan beliau sendiri menerusi satu hantaran di Instagram pada malam Isnin.

Baca juga: “Neraka Bukan Bahan Jenaka”, PU Syed Kecam Konten Video Tular Didakwa Persenda Agama

DR AMALINA CHE BAKRI TIMANG ANAK KEDUA

dr amalina che bakri

Instagram @dramalinabakri

Dalam perkongsian tersebut, Dr Amalina memperkenalkan puteri keduanya yang diberi nama Aurora Sienna, sekaligus meluahkan rasa syukur atas kehadiran ahli baharu dalam keluarga kecil mereka.

“Dari tiga sekeluarga kini menjadi empat. Kenali cinta baru dalam hidup kami, Aurora Sienna. Arabella sangat teruja menjadi kakak. Alhamdulillah,” tulisnya dalam kapsyen gambar.

Hospital St. Thomas di London turut ditandakan dalam perkongsian tersebut, dipercayai sebagai lokasi kelahiran Aurora. Tempat sama seperti anak sulung mereka, Arabella Mia, yang dilahirkan pada Oktober 2022.

Dr Amalina juga berkongsi empat keping gambar manis, termasuk momen menyentuh hati bersama suami tercinta, Alexander Charles dan si sulung Arabella yang kini bergelar kakak.

Baca juga: Dua Beranak Maut Dalam Kemalangan, Anak Sulung Ceritakan Detik Ngeri Ketika Kenderaan Terjunam Gaung

Pasangan bahagia ini telah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2021 di London Central Mosque. Kehadiran Aurora pastinya melengkapkan lagi kehidupan mereka yang kini bergelar ibu bapa kepada dua cahaya mata perempuan.

Ribuan ucapan tahniah membanjiri ruangan komen, termasuk daripada rakan-rakan selebriti dan warga maya yang turut berkongsi kegembiraan dengan berita tersebut.

Tahniah diucapkan buat Dr Amalina sekeluarga atas kelahiran Aurora Sienna. Semoga membesar dengan sihat, ceria dan membawa keberkatan dalam hidup mereka.

Baca juga: Subjek Bahasa Inggeris ‘A’ Tapi Gred CEFR Dapat ‘C’ Di Sijil SPM, Ini Sebab Kenapa Tak Sama

Sumber: Instagram @dramalinabakri

FT Image: Instagram @dramalinabakri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×