Menjaga kesihatan bukan hanya melibatkan aspek pemakanan dan senaman, malah turut merangkumi pemilihan pakaian harian. Menurut pengamal perubatan, Dr. Irma Izzati di laman TikTok, ramai tidak sedar bahawa jenis fabrik terutama fabrik polyester 100% yang dipakai setiap hari mampu mempengaruhi tahap kesihatan seseorang.
Alamak! Ini sangat bahaya terutamanya buat kanak-kanak!
Baca juga: Hampir 70% Lelaki Malaysia Umur 40 Ke Atas Berisiko Alami Mati Pucuk & Gagal Ereksi! – KKM
FABRIK POLYESTER 100% BAHAYA, BOLEH GANGGU HORMON & PUNCA SUSAH DAPAT ANAK

Foto: Freepik
Dalam satu perkongsian terbarunya, Dr. Irma menjelaskan bahawa terdapat bahan tertentu dalam pakaian yang boleh membawa kesan negatif terhadap tubuh. Antara kesan yang dibimbangi termasuk gangguan hormon, risiko kanser, dan kesukaran untuk mendapatkan zuriat.
Walaupun fabrik-fabrik ini selesa dipakai, beliau menegaskan bahawa kesan jangka panjang terhadap kesihatan tidak boleh dipandang ringan.
“Material baju boleh ganggu hormon, boleh jejaskan kesuburan, malah tingkatkan risiko kanser. Ramai tak tahu, tapi sekarang banyak pula pakaian yang diperbuat daripada bahan sebegini,” jelasnya.
Polyester Antara Fabrik Berisiko

Foto: freepik
Bahan utama yang menjadi kebimbangannya ialah polyester, terutama yang diperbuat 100% daripada bahan itu. Dr. Irma menjelaskan bahawa walaupun fabrik sebegini sejuk dan ringan dipakai, ia tidak sesuai untuk penggunaan jangka panjang.
“Kalau boleh, elakkan beli pakaian yang 100% polyester. Kalau ada campuran dengan kapas, itu mungkin masih boleh diterima,” ujarnya lagi.
Sebagai alternatif, Dr. Irma menyarankan supaya orang ramai memilih fabrik semula jadi yang lebih mesra kulit dan selamat seperti:
– Kapas (Cotton)
– Linen
– Buluh (Bamboo)
Walaupun harganya mungkin lebih tinggi, namun manfaat kepada kesihatan jauh lebih penting berbanding kos. Polyester sering dijual pada harga murah kerana dihasilkan daripada bahan asas plastik dan bahan kimia seperti mikroplastik dan BPA (Bisphenol A). Ia juga mengandungi pewarna sintetik yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
Jika masih mahu menggunakan pakaian berasaskan poliester, Dr. Irma menasihatkan agar mencucinya dengan cara yang betul untuk mengurangkan pelepasan mikroplastik. Selain itu, elakkan juga penggunaan produk berasaskan kimia seperti wangian atau kosmetik berbahaya yang boleh memberi kesan tambahan kepada hormon.
Di ruangan komen, ramai bersetuju dengan pendedahan Dr. Irma. Ada yang berkongsi pengalaman mengalami ruam dan kegatalan kulit selepas memakai baju poliester. Ini menunjukkan semakin ramai yang mula sedar akan kesan pemilihan fabrik terhadap kesihatan.
“Baju sukan sekolah anak pun pakai baju jenis kain poliester”- netizen.
“Saya memang tak suka pakaikan anak baju polyester apakah lagi anak saya pun memang tak suka dann rasa tak selesa sangat pakai polyester. Baju polyester tu cepat berbau!”- netizen.
@drirmaizzati #stitch with @irma 🍉 ♬ original sound – irma 🍉
Akhir sekali, Dr. Irma menekankan pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat secara menyeluruh dari pemakanan bersih, hingga pemilihan pakaian yang selesa serta berkualiti.
Baca juga: Rahsia Turunkan ‘Lonjakan’ Bacaan Gula Guna Limau Nipis, Petua Viral Ramai Cuba & BERKESAN!
Sumber: Tiktok @drirmaizzati
