Euforia Bola 2026
Didik

Lebih 65 Peratus Pemegang Ijazah Terima Gaji Cukup-Cukup Makan, Nak Menyimpan & Melabur Pun Tak Lepas!

gaji bulanan

Isu gaji bulanan menjadi perhatian apabila lebih 65 peratus pemegang ijazah di Malaysia dilaporkan hanya menerima gaji bawah RM3,000 sebulan.

Situasi ini menyebabkan ramai daripada mereka hidup dalam keadaan ‘cukup-cukup makan’, tanpa ruang untuk menyimpan, melabur atau memperbaiki taraf hidup.

Baca juga: Guru, Pelajar & Usahawan Wajib Tahu! 14 AI Slide Pembentangan Jimat Masa & Cantik

GAJI BULANAN PEMEGANG IJAZAH HANYA CUKUP-CUKUP MAKAN

gaji bulanan

Gambar NSTP.

Kajian oleh Malaysia Labour Market Insight Series melalui laporan bertajuk The ‘Gaji Cukup Makan’ Economy: When Higher Education Becomes an Economic Risk mendedahkan bahawa majoriti siswazah kini bekerja dalam sektor separa mahir atau tidak mahir.

Ini menunjukkan berlakunya ketidakpadanan antara kelayakan akademik dan jenis pekerjaan yang diperoleh.

Menurut pengarang laporan, Dr Mohd Yusof Saari, keadaan ini mencerminkan krisis struktur dalam pasaran kerja negara.

Walaupun kadar kebolehpasaran siswazah dilaporkan melebihi 80 peratus, angka tersebut dianggap mengelirukan kerana ia tidak mengambil kira kesesuaian kemahiran dan tahap gaji.

“Ia juga membongkar realiti bahawa meskipun kadar kebolehpasaran siswazah sering dilaporkan melebihi 80 peratus, laporan ini menegaskan bahawa angka terbabit boleh mengelirukan kerana ia merangkumi semua bentuk pekerjaan, tanpa mengambil kira padanan kemahiran atau tahap upah.

“Hakikatnya lebih 65 peratus pemegang ijazah di negara ini memperoleh gaji bulanan di bawah RM3,000,” katanya melalui kenyataan, pada Khamis.

Tambahnya lagi, ramai siswazah kini tidak dapat menikmati kelebihan pendidikan tinggi kerana pulangan yang diterima tidak sepadan dengan kos yang ditanggung.

Keadaan ini juga melemahkan semangat untuk melanjutkan pelajaran, terutamanya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.

Baca juga: 84,025 Calon SPM 2024 Gagal Matematik, Ibu Bapa Panik “Soalan Asas Pun Anak Terkial-Kial Kira…”

Antara punca utama dikenal pasti ialah:

  • Pertumbuhan gaji yang perlahan
  • Kelemahan dalam penyediaan pra-pekerjaan
  • Permintaan yang lemah dari sektor swasta

Bagi mengatasi masalah ini, laporan mencadangkan pelbagai reformasi seperti:

  • Menggantikan indikator kebolehpasaran yang mengelirukan dengan ukuran padanan kemahiran.
  • Mewujudkan sistem penjejakan hasil siswazah jangka panjang
  • Menyusun semula program latihan industri dan laluan pra-pekerjaan
  • Memacu pemodenan industri dan reka bentuk semula pekerjaan
  • Memperkenalkan garis panduan upah sebagai alat penasihat bagi menangani tekanan gaji rendah

Kesimpulannya, laporan ini memberi amaran bahawa jika gaji siswazah terus setara dengan bukan siswazah, maka pendidikan tinggi tidak lagi menjadi laluan selamat untuk mobiliti sosial.

Sebaliknya, menjadi satu risiko ekonomi yang perlu ditangani segera.

“Apabila gaji siswazah hampir setara dengan bukan siswazah, pelaburan dalam pendidikan tinggi bukan lagi jaminan mobiliti sosial, ia kini menjadi satu risiko ekonomi,” katanya.

Baca juga: Kes Jangkitan HIV Penuntut Universiti & Lepasan Sekolah Makin Meningkat, Bawah 13 Tahun Pun Ada!

Sumber: Berita Harian

FT Image: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×