Euforia Bola 2026
Famili

Pasangan Ireland Puji ‘Airport’ Malaysia, Hanya Lapangan Terbang Ini Ada Makanan Untuk Si Kecil

LAPANGAN TERBANG

Lapangan terbang utama seperti KLIA dan KLIA2 menawarkan kemudahan seperti ruang permainan dan pilihan makanan dari hidangan tempatan hingga antarabangsa.

Menerusi laman TikTok milik Life with Smith, dia memuji lapangan terbang Malaysia kerana menyediakan makanan yang bersesuaian dengan si kecil berusia 3 tahun.

Baca juga: Mat Salleh Sanding Pakai Baju Melayu Songket Tarik Perhatian, Siap Ada Tanjak, Memang Wow!

MAKANAN LAPANGAN TERBANG MALAYSIA DIPUJI KIDS FRIENDLY

LAPANGAN TERBANG

Kebanyakan makanan di lapangan terbang tak sesuai untuk kanak-kanak. Tapi tidak di Malaysia,” tulis si ibu di dalam video pendek berkenaan.

Pasangan pelancong dari Ireland itu mendedahkan bahawa anak mereka agak cerewet dalam memilih makanan, namun dia boleh menerima hidangan yang disediakan di lapangan terbang Malaysia.

Dapat dilihat dalam video tersebut, anak lelaki mereka menikmati mee berkuah dengan penuh selera ketika di sini. Selain mee berkuah, pasangan itu turut memesan nasi lemak bersama ayam rendang untuk dinikmati sementara menunggu waktu penerbangan.

Bukan itu sahaja, wanita Ireland ini turut teruja dengan restoran di Malaysia yang masih beroperasi sehingga lewat pagi.

Menurutnya, keadaan ini begitu memudahkan pelancong, terutamanya mereka yang tiba lewat malam atau perlu mengisi perut sebelum penerbangan awal pagi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia teruja dengan kandungan tersebut dan meninggalkan komen yang positif.

“Makanan dekat Malaysia memang sedap-sedap. Itu sebab kami semua gemuk dan bahagia,” tulis pengguna media sosial.

Baca juga: AirAsia & MAS Kemas Kini Format Nama Penumpang, Pastikan Isi Macam INI Bila Beli Tiket!

Sumber: TikTok Life With Smith

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×