Euforia Bola 2026
Famili

Mat Salleh Sanding Pakai Baju Melayu Songket Tarik Perhatian, Siap Ada Tanjak, Memang Wow!

BAJU BERSANDING

Tular di media sosial sebuah video memaparkan rombongan keluarga mentua ‘mat salleh’ yang memilih untuk memakai baju bersanding tema Melayu tradisional.

Rombongan tersebut yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia dilihat mengenakan baju Melayu dan berbaju kurung. Gelagat mereka yang ceria itu pastinya menyentuh hati ramai pengguna media sosial.

Baca juga: Siti Jamumall Bercerai Lagi, Kali Ini Suami Lafaz Talak Dua Ketika Buat Live Di TikTok!

BAJU BERSANDING ‘MAT SALLEH’ JADI TARIKAN, COMEL DAN MENARIK

BAJU BERSANDING

Video yang dimuat naik di TikTok ini telah mencuri perhatian ramai, dengan ramai yang memberikan pujian atas usaha mereka untuk menghormati budaya tempatan.

Menurut Yaya Farhana, suaminya itu berasal dari negara Eropah dan kini merupakan seorang mualaf. Malah, wanita itu juga berkongsi antara momen dan adat-adat semasa di majlis mereka yang diadakan di Arisya Glass House, Batu Pahat Johor . Pasangan ini mula berkenalan semasa belajar di Newcastle University, England.

Perkenalan yang sudah 10 tahun ini pastinya direstui oleh ahli keluarga terutamanya apabila melihat Chris ikhlas mendalami agama Islam.

Keluarga lelaki dari England turut hadir meraikan hari bahagia mereka yang diadakan di Batu Pahat.

Rata-rata warganet membanjiri ruangan komen dengan pujian serta rasa teruja melihat penampilan mereka yang dikatakan sungguh kemas.

“Mak ai kemasnya dia pakai baju Melayu. Sampin pun lilit elok je, macam dah biasa pakai. Pertama kali tengok Mat Salleh pakai baju Melayu siap bertanjak. Segak betul!,” komen pengguna TikTok.

Netizen juga meluahkan rasa bangga melihat budaya Melayu diangkat dengan begitu cantik oleh mereka yang bukan berasal dari Malaysia.

Ramai yang menyatakan bahawa inilah bukti bahawa adat dan warisan kita masih lagi relevan, bahkan disambut baik oleh masyarakat antarabangsa.

Baca juga: 3 Orang Cikgu ‘Kantoi’ Gosip Masa Rehat, Siap Mengata Pekerjaan Ayah Anak Murid!

Sumber: TikTok Yaya Farhana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×