Euforia Bola 2026
Famili

Majlis Bersanding Berderai Tangisan Sedih, Selepas Dikhabarkan Bapa Pengantin Lelaki Meninggal Dunia

majlis bersanding

Majlis bersanding yang sepatutnya menjadi detik penuh kegembiraan buat sepasang mempelai bertukar pilu apabila berita pemergian insan tersayang menyelubungi suasana. Hari yang dirancang untuk menjadi kenangan terindah tiba-tiba menjadi episod penuh air mata.

Kisah menyayat hati ini dikongsikan oleh jurugambar perkahwinan, @fotorasi, menerusi TikTok miliknya. Menurut perkongsian tersebut, arwah yang menghembuskan nafas terakhir adalah bapa kandung kepada pengantin lelaki sendiri.

Baca juga: Motosikal Bergesel Dengan Treler Sebelum Terjatuh, Suami Meraung Lihat Isteri Digilis Hingga Maut!

BAPA PENGANTIN LELAKI MENINGGAL DUNIA SAAT DI MAJLIS BERSANDING

majlis bersanding

“Majlis bahagia berduka bila dapat tahu ayah kandung meninggal ketika majlis sanding berlangsung. Perginya ayahanda pengantin lelaki pada hari sanding mereka,” jelasnya.

Di dewan persandingan, tangisan sukar dibendung. Beberapa ahli keluarga termasuk pasangan pengantin tidak dapat menahan sebak sebaik menerima perkhabaran duka itu.

Dalam rakaman yang tular, kelihatan seorang lelaki memeluk erat pengantin lelaki bagi menenangkan keadaan sebelum pasangan Raja Sehari beredar meninggalkan lokasi majlis perkahwinan.

Pengantin perempuan kemudian mendedahkan bahawa arwah bapa mentuanya sempat menyaksikan upacara akad nikah yang berlangsung sehari sebelumnya.

Walaupun mengalami masalah kesihatan, Allahyarham dikatakan tetap berusaha pulang ke rumah demi meraikan hari penting anak lelaki kesayangannya.

Baca juga: Abang 15 Tahun Baca Talkin Dengan Suara Tersekat Hiba Untuk Adik Usia 14, Meninggal Dunia Akibat SLE

majlis bersanding

Video tersebut mengundang rasa simpati warga maya. Sehingga kini, rakaman yang dimuat naik telah mengumpul lebih 2.3 juta tontonan dan pelbagai ucapan takziah serta doa mengiringi komen.

“Arwah jiran kami. Allah! Memang terkejut, baru semalam call ucap selamat jalan.”

“Ini adik sedara sebelah suami. Kami ada di majlis tengah hari tadi, kami sampai je dewan, baru dapat berita kematian. Salam takziah alang.”

“Sedekahkan al-Fatihah untuk arwah ayah sahabat saya.”

“Tak dapat bayang perasaan sedih itu. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.”

“Bang nasib kita sama di hari sanding menjadi hari paling gelap kita rasa bila seorang bergelar ayah meninggalkan kita selamanya. Al-Fatihah,” antara reaksi yang ditinggalkan orang ramai.

@fotorasi

Majlis bertukar berduka , ajal maut di tangan tuhan , semoga arwah ditempat orang orang beriman . Sama kita sedekah Al-fatihah

♬ Salam Terakhir – ◦•●◉✿💞🇷 🇪 🇪 🇿💞✿◉●•◦

Baca juga: Tular Netizen Kongsi Pengalaman Koma Masing-Masing, Ada Yang Trauma Teringat Jeritan Minta Tolong!

Sumber: TikTok @fotorasi / @ayrghagha

FT Image: TikTok @fotorasi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×