Euforia Bola 2026
Famili

Ibu Luah Rasa Marah Selepas Anak Lebam Teruk & Tak Boleh Duduk, Didakwa Kena Denda Dengan Cikgu Sekolah

cikgu sekolah

Seorang ibu meluahkan kemarahan di media sosial selepas anak lelakinya yang masih berada di sekolah menengah didakwa dipukul guru. Paling merisaukan adalah cikgu sekolah tersebut memukul dan mendenda secara keterlaluan hanya kerana kesilapan memakai pakaian seragam.

Denda sampai tahap bagaimana yang boleh membangkitkan kemarahan seorang ibu ini?

Baca lagi: “Siti Gemuk, Siti Hitam!”- Murid Tahun 1 Dibuli & Dapat Lukisan Tak Senonoh, Tak Mahu Pergi Sekolah!

CIKGU SEKOLAH DENDA MURID SAMPAI LEBAM, IBU LUAH RASA GERAM

cikgu sekolah

Foto: Lebam yang dialami.

Menurut laporan Sin Chew Daily, insiden yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Bentong, Pahang itu kini mencetuskan perdebatan tentang batasan dalam pelaksanaan hukuman disiplin terhadap pelajar.

Seorang ibu bernama Cherly Kam telah tampil di media sosial menyuarakan rasa tidak puas hati selepas anak lelakinya didakwa dipukul dengan teruk oleh seorang guru sehingga mengalami lebam dan tidak mampu duduk. Ibu kepada pelajar Tingkatan Dua ini berkongsi di Facebook bahawa insiden itu berlaku pada hari Khamis, 15 Mei lalu.

Menurutnya, anaknya dikenakan hukuman kerana memakai pakaian sukan ke sekolah, dan bukannya pakaian seragam sekolah seperti biasa dan itu merupakan satu kesilapan yang tidak disengajakan.

Laporan Sin Chew Daily menyatakan pelajar itu telah dipukul sebanyak tiga kali di hadapan sekolah. Cherly Kam turut mendakwa bahawa ramai lagi pelajar lain tidak kira lelaki atau perempuan turut dihukum pada hari yang sama.

BENGKAK DI PUNGGUNG, ANAK TAK MAMPU DUDUK ATAU BARING

cikgu sekolah

Ibu ini berkata dia amat sedih dan terkejut apabila melihat keadaan anaknya yang mengalami lebam serta bengkak di bahagian punggung, sehingga tidak mampu duduk atau baring dengan selesa.

“Adakah semua guru di sekolah ini menghukum pelajar dengan cara sebegini?

“Hanya kerana kesilapan memakai pakaian, anak saya dipukul sebegitu rupa! Kalau orang tak tahu cerita sebenar, mesti ingat dia buat jenayah berat seperti membunuh atau merogol!” tulisnya di Facebook.

Kam mengakui bahawa hukuman ringan mungkin boleh diterima dalam situasi tertentu, namun menyifatkan tindakan guru itu sebagai keterlaluan dan memalukan.

“Lebih menyedihkan, hukuman itu dijalankan di depan seluruh warga sekolah — guru dan pelajar. Siapa yang boleh terima perkara macam ini?” soalnya lagi.

Dalam kenyataan kepada portal SAYS, Kam memaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut. Sementara itu, pihak sekolah memberitahu Sin Chew Daily bahawa mereka sedang menunggu hasil siasatan pihak polis dan enggan memberikan sebarang komen buat masa ini.

*Nak denda dan memberi hukuman pun janganlah terlampau ikut hati kan?

Baca juga: Cikgu Terkejut 90% Pelajar Dapat Kosong Subjek Sejarah, Semua Cita-Cita Nak Jadi ‘Influencer’

Sumber: Sin Chew Daily, Cherly Kam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×