Pelakon terkenal Ashraf Muslim sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi berita gembira tentang kelahiran cahaya mata kelima. Dalam dunia hiburan yang sering dipenuhi kisah sensasi, keharmonian keluarga bersama isteri Ashraf Muslim meskipun hidup bermadu sering dijadikan contoh positif.
Perkongsian terbaharunya di media sosial nyata menyentuh hati ramai apabila memuat naik gambar bayi lelakinya yang baru berusia beberapa hari, disertai doa penuh makna.
Baca juga: Tular Isu Wanita Teringin Poligami, Ustaz Pesan Jangan Buat Main Hukum Hakam..Ada Hikmah!
“TAMBAH LEGASI”- ISTERI ASHRAF MUSLIM LAHIRKAN CAHAYA MATA KELIMA

Perkongsian gambar bersama bayi lelaki yang kini berusia sembilan hari itu mendapat pujian ramai kerana makin bertambah ‘legasi’ Ashraf Muslim.
“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah. Syukur kepada ALLAH, keluarga Ashraf Muslim semakin bertambah ahlinya. Selamat datang ke dunia, Wahai anakku Ali Ashraf Bin Mohd Ashraf. Lahirnya pada 10 Mei 2025, jam 2.57 pagi,” tulisnya.
Ashraf, yang merupakan suami kepada Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi turut meluahkan rasa syukur atas kurniaan rezeki yang sangat bermakna ini.
“Kehadiranmu membawa sejuta kesyukuran dan harapan yang tidak bertepi..”
“Ali, semoga kamu membesar menjadi anak yang soleh, penyejuk hati dan penawar jiwa buat kami sekeluarga. Dibesarkan dengan iman yang kukuh, akhlak mulia serta keberanian. Segala puji bagi Allah atas anugerah ini,” coretnya.
Sebagai makluman, Ashraf mendirikan rumah tangga bersama Noor Dayana pada 24 September 2011 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Anas Ashraf yang kini berusia 10 tahun.
Manakala perkahwinannya bersama Wan Sakinah yang berlangsung pada Julai 2013 telah menghasilkan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf (11 tahun), Adam Ashraf (10 tahun), dan Safiyyah Ashraf (6 tahun).

*Tahniah kami ucapkan!
Baca juga: Tular Lelaki Kahwin 3, Peguam Dedah Rupanya Trademark ‘Poligami Harmoni’ Itu Ada Sisi Gelap!
Sumber: Instagram @ashrafmuslim
