Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Tular 200K Tontonan, Isteri Pertama Tabah Siapkan Suami Bernikah Lagi.. Luahan ‘Demi Anak, Saya Kena Kuat’ Undang Air Mata Netizen

isteri pertama

Melihat suami sendiri disandingkan dengan wanita lain bukan sesuatu yang mampu ditelan dengan mudah oleh isteri pertama. Lebih berat lagi apabila tangan kita sendiri yang menyiapkan lelaki yang kita cintai itu untuk bernikah buat kali kedua.

Namun itulah ujian besar yang pernah ditempuhi Ummu Syarha, wanita tabah yang kisahnya tular selepas berkongsi pengalaman melalui fasa poligami dalam sebuah video yang meraih lebih 200,000 tontonan di laman media sosial.

Baca juga: Peguam Jelas Syarat Poligami Di Malaysia, Minta Kebenaran Isteri Pertama TAK WAJIB

VIRAL ISTERI PERTAMA SIAPKAN SUAMI UNTUK BERNIKAH LAGI, PERNAH RASA ‘MATI’ SEKETIKA

isteri pertama

Foto: Tiktok @ummusyarha

“Poligami. Ya… poligami. Itulah takdir yang Allah hadiahkan untuk saya.Sakit? Ya, teramat sakit. Seakan dunia berhenti. Tetapi begitulah ujian kehidupan. Tugas kita adalah menjalani takdir-Nya..” tulisnya.

Menurutnya, dua tahun lalu hidupnya seakan berhenti. Dunia terasa gelap, langkah jadi longlai, dan hati seperti ‘mati seketika’.

Walaupun mengambil masa yang lama, Ummu Syarha akhirnya mempunyai kekuatan untuk berkongsi cerita setelah benar-benar berdamai dengan perjalanan hidupnya sebagai isteri pertama. Katanya, inilah masanya untuk dia bangkit dan berhenti hidup dalam keadaan tersekat.

Dalam temubual bersama HotFM baru-baru ini, Ummu Syarha mengakui dia membuka ruang kepada diri untuk sembuh. Dia mula belajar menerima hakikat, menghadapi perasaan sendiri dan memberi peluang untuk bangkit demi masa depan. Wanita ini juga membuka hatinya untuk menerima kehadiran madunya, walaupun luka itu belum benar-benar hilang.

“Walaupun saya masih rasa sakit, saya mahu belajar. Saya mahu membuka peluang kepada diri untuk jadi versi lebih baik. Dan yang paling penting… demi anak-anak..”

Apa yang benar-benar menyentuh hatinya ialah pertanyaan anaknya, Syarha, yang saban malam bertanyakan:

“Umi okeykah? Umi dengan ayah bergaduhkah?”

Soalan polos itu membuatkan Ummu Syarha sedar bahawa dia perlu kuat bukan kerana sesiapa, tetapi demi memastikan anak-anak rasa selamat dan terjaga emosinya. Oleh kerana itulah, hampir empat bulan lalu, Ummu Syarha akhirnya mengambil langkah besar apabila dia akhirnya berdepan dan berbicara dengan isteri kedua suaminya.

“Saya tanya… apa pendirian awak? Kita nak berbaik atau tidak? Dia kata dia mahu, cuma tak tahu caranya,” katanya.

Daripada situ, hubungan mereka mula perlahan-lahan dibina semula. Memang tidak mudah dan banyak air mata. Banyak rasa pedih yang masih terasa hingga kini, namun katanya, setiap langkah kecil itu satu bentuk kelegaan.

@ummusyarhaAlhamdulillah ala kulli hal. Hampir 2 tahun menjalaninya dan baru hari ini ada kekuatan utk berkongsi sedikit. POLIGAMI. Ya,poligami. Begitulah takdir yg Allah ‘hadiah’kan buat diriku yg terlalu mencintai dan meletak suami sebagai sandaran atas segala hal. Sakit? Ya,Sakit. Teramat sakit. Seakan2 ‘mati’ kurasa. Seakan2 dunia ini ‘berhenti’ seketika. Seakan2 tidak berpijak dibumi yg nyata. Apa saja yg tidak kurasakan dan lalui? Tapi..begitulah ujian kehidupan. Tugas kita menjalani takdirNya. Hari demi hari.. Aku menikmati kesakitan itu hinggakan pada satu ‘waktu’. Dimana aku kena bangkit. Tidak boleh berlama2.. Tidak boleh lena dalam kedukaan. Untuk diriku dan demiNya.. Alhamdulillah ala kulli nikmah.. Proses demi proses ku lalui.. Ku belajar mencari hikmah. Ku pelajari utk menjadi versi yg lebih baik. Mula utk menyayangi diri.. Belajar menjadi orang yg tenang. Ibu yg tenang agar anak2 tidak menjadi mangsa dlm kegagalanku dlm menjalani ujian ini. Dan hari ini.. aku bangga dgn diri sendiri kerna boleh menjadi seperti hari ini. Boleh menghadapi ujian ini dgn baik. Boleh berdepan dgn ‘kesakitan’ yg pernah membawa aku hanyut dan hampir hilang diri. Masih rasa sakit kah? Ya,masih! Dan aku sudah pun ‘bersahabat’ dengannya. Tapi, itu bukan menjadi penghalang utk ku meneruskan kehidupan dgn mencari hikmah. Dalam hidup ini,banyak hal yg perlu d fokuskan utk menjadi hamba yg lebih baik dari semalam. Sebab aku percaya kedukaan,kesakitan,kelukaan adalah sebahagian ujian dr hidup kita. Kenapa kita perlu lari dari rasa itu? Ini adalah prosesnya! proses mencapai cintaNya. Terima kasih Allah, Mengirimkan dia yang bernama suami untuk aku mengenal arti cinta-Mu. Dengannya aku mampu tersenyum indah, bahawa setiap ujianmu adalah hadiah indah walau ia berbalut duka.. Ya Allah, jadikanlah aku redha dengan ketentuan-Mu, sabar atas ujian-Mu, dan sentiasa bersyukur atas nikmat-nikmat-Mu. Love,Kina 🤍 Hajar doa kalian agar rumahtangga yg dibina menjadi sakinah mawaddah wa rahmah. # Video ni diambil semasa siapkan suami sebelum akad nikah.♬ original sound – UmmuSyarha 🌷

Ujian poligami mengubah hidupnya 100%, netizen pun sebak

isteri pertama

Foto ketika temu bual bersama Hot FM.

Ummu Syarha berkata bahawa ujian ini mengajar dirinya sesuatu yang sangat berharga bahawa tiada apa di dunia ini milik kita sepenuhnya.

“Dulu saya rasa semua yang Allah beri adalah milik saya. Tapi selepas diuji, baru saya sedar semuanya hanya sementara. Saya belajar untuk bersederhana dalam menyayangi, membenci, dan dalam apa sahaja..” katanya.

Walaupun luka itu masih belum sembuh sepenuhnya, hatinya kini lebih lapang dan tenang.

Ramai warga maya menitipkan sokongan, doa, dan ucapan semangat buat Ummu Syarha. Ada yang sebak membaca kisahnya, ada yang memuji ketabahannya menerima orang ketiga dalam rumah tangga dengan penuh jiwa besar kerana itu merupakan perkara paling sukar untuk diterima oleh seorang wanita.

Kisah Ummu Syarha mengingatkan kita bahawa setiap ujian datang dengan hikmah dan kadang-kadang, kekuatan sebenar muncul saat kita fikir kita sudah jatuh paling dalam. Terus kuat dan semoga bahtera perkahwinan kekal utuh walaupun suami ada dua hati yang perlu dijaga…

@ummusyarha Terima kasih @Hot FM ♬ original sound – UmmuSyarha 🌷

Baca juga: “Bertambahlah Bilangan Bidadari Saya..”- Lelaki Tular Kahwin Kali Ke-3, Isteri Pertama & Kedua Raikan Madu!

Sumber: Tiktok @ummusyarha

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×