Euforia Bola 2026
Nur

“Saya Risau Nanti Menopause..”- Nak Bekukan Kilang Telur Sebab Lambat Kahwin, Ini Hukumnya

kilang telur wanita

Impian untuk menimang cahaya mata sendiri sememangnya menjadi harapan setiap wanita kerana anak merupakan simbol kasih sayang bersama pasangan. Namun begitu, realiti kehidupan masa kini menyebabkan mereka memilih untuk menangguhkan perkahwinan dan membekukan kilang telur wanita.

Tetapi, adakah ini dibenarkan dalam agama terutamanya agama Islam?

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Perjalanan Semasa TTC & Apa Kena Buat, InsyaAllah Berjaya Dapat Zuriat!

BEKUKAN KILANG TELUR WANITA BUJANG SEBAB LAMBAT LAGI NAK NIKAH, BOLEH KE?

kilang telur wanita

Foto hiasan.

Pembekuan sel telur ialah satu teknik yang membolehkan wanita mengekalkan potensi untuk hamil di masa hadapan. Telur yang diambil daripada ovari akan dibekukan dan disimpan, dan boleh digunakan kemudian walaupun lambat berkahwin.

Telur beku ini kemudiannya boleh dicairkan, disenyawakan dengan sperma di dalam makmal, lalu dipindahkan semula ke dalam rahim wanita melalui proses persenyawaan in-vitro (IVF). Namun begitu, persoalan yang timbul ialah, apakah hukum wanita bujang membekukan sel telur kerana belum berkahwin? Ini jawapan daripada pihak Mufti Wilayah Persekutuan.

JAWAPAN

Hukum mengeluarkan benih sebelum akad nikah untuk disenyawakan selepas berkahwin adalah HARAM. Bahkan membekukan ovum kerana lambat berkahwin dengan sangkaan tidak subur pada masa hadapan adalah alasan yang tidak boleh diterima syarak kerana ia bukan dalam lingkungan pengetahuan kita sebagai manusia.

Mengeluarkan sperma bagi lelaki dan ovum bagi perempuan atau perbuatan meminta mengeluarkan air mani adalah sama maksudnya dengan istilah istimna’ (استمناء). Istimna’ pada sudut bahasa menurut fuqaha ialah mengeluarkan mani dengan tapak tangan dan seumpamanya bukan dengan cara bersetubuh.

Pada sudut istilah, mengeluarkan air mani tanpa melalui proses bersetubuh, sama ada secara haram seperti menggunakan tangan bagi memenuhi tuntutan syahwat, ataupun secara tidak haram, seperti mengeluarkan air mani melalui tangan isteri.

Adapun istimna’ pula adalah keinginan (permintaan) untuk mengeluarkan air mani dalam keadaan sedar dengan apa cara sekalipun, dan ia berlaku dalam kalangan lelaki dan juga wanita.  Secara umumnya, mengeluarkan air mani dengan sengaja adalah dilarang dan ditegah dalam Islam. Ini berdasarkan kepada firman Allah ‎SWT:

(7) وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ (5) إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ (6) فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

Maksudnya: “Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.”- Surah al-Mu’minun (5-7)

Berdasarkan dalil berikut, Imam al-Nawawi mengatakan haram kerana ia membawa kepada putusnya keturunan, maka ia diharamkan sepertimana liwat.

Imam al-Nawawi juga mengatakan hukum istimna’ / masturbasi mengeluarkan air mani dengan tangan sendiri adalah haram, dan ramai dari kalangan alim ulama’ yang berpegang dengannya. Ibn ‘Abbas pernah berkata: “Mengahwini hamba perempuan adalah lebih baik darinya (mengeluarkan mani dengan sengaja)”. Mereka kesemuanya berpegang pada dalil yang sama iaitu pada surah al-Mu’minun ayat 5-7.

Walaupun kaedah mengeluarkan ovum yang dilakukan dengan suntikan sedutan ovum (oocyte retrieval) bukan dengan cara istimna’, namun ia berlaku sebelum wanita tersebut berkahwin kerana risau pada usia menopause tiada ovum yang boleh dihasilkan.

Hal ini kerana apa-apa kaedah mengeluarkan mani sebelum akad adalah dilarang melainkan mengeluarkan mani dalam tempoh perkahwinan. Imam Qalyubi berkata:

“Bukan sesuatu yang diharamkan jika lelaki masturbasi dengan tangan isteri, begitu juga air mani yang keluar ketika tidur biarpun ada wanita asing (bukan isteri) yang memasukkan zakarnya ke dalam faraj semasa dia sedang tidur. Demikian juga jika isteri memasukkan air mani (suami) ke dalam faraj kemudian dia mengandungkan anaknya. al-Zarkasyi berpendapat dalam perkara ini anak yang lahir itu hendaklah dinasabkan kepada bapanya kerana berlaku percantuman dalam tempoh perkahwinan (firasy).”

Berdasarkan kenyataan fuqaha’ tersebut, anak yang lahir daripada air mani seseorang lelaki yang keluar dalam tempoh perkahwinan, maka boleh dinasabkan anak kepada bapanya.

Oleh itu, hukum mengeluarkan air mani sebelum bernikah adalah haram berdasarkan pengharaman istimna’ (mengeluarkan air mani) bagi lelaki dan wanita yang bukan dalam tempoh perkahwinan. Adapun, mengeluarkan ovum dengan kaedah suntikan adalah dilarang kerana “illah” sebelum akad perkahwinan. Penentuan menasabkan anak juga mestilah dalam tempoh perkahwinan bagi tujuan menjaga keturunan (Hifz Nasl).

Justeru, hukum mencantumkan benih yang dikeluarkan sebelum akad nikah dan kemudian dibuat persenyawaan dalam tempoh perkahwinan adalah haram.

Sangkaan  ‘Takut Tak Subur’ Yang Belum Berlaku

kilang telur wanita

Foto hiasan : Freepik

Alasan membekukan ovum kerana lambat kahwin dan risau akan mengalami menopaus adalah perkara sangkaan yang belum berlaku. Dalam hal ini para ulama menjelaskan sesuatu syariat tidak boleh dibina di atas perkara sangkaan semata-mata. Antaranya Sheikh Ibn ‘Asyur menjelaskan:

فعلمنا أن البناء على الأوهام مرفوض في الشريعة إلا عند الضرورة، فقضينا بأن الأوهام غير صالحة لأن تكون مقاصد شرعية

Maksudnya: ”Maka kita telah mengetahui bahawa syariat yang terbina dengan jalan sangkaan adalah ditolak dan tidak diterima melainkan dalam keadaan darurat, maka kita menghukumkan bahawa sangkaan itu tidak boleh dijadikan sebagai tujuan syarak (maqasid syariah).”

Oleh yang demikian, perkara sangkaan tidak boleh dijadikan hujah syarak mahupun alasan untuk membenarkan mengeluarkan ovum sebelum akad nikah.

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada tahun 2003 dan 1981 berkaitan isu mencantumkan benih dan bank mani:

– Hukum mencantumkan benih
– Hukum mencantumkan benih yang dikeluarkan sebelum akad nikah dan kemudiannya dibuat pencantuman dalam tempoh perkahwinan yang sah adalah haram
– Hukum mencantumkan benih yang diambil dan dicantumkan dalam tempoh perkahwinan yang sah adalah harus.[9]

Berkenaan Bank Air Mani:

– Mengadakan bank air mani adalah haram.
– Sekiranya bank air mani telah sedia wujud maka kerajaan hendaklah bertindak untuk menghapuskannya.
– Permanian beradas yang dilakukan kepada manusia adalah haram kecuali jika air mani daripada suami didapati secara muhtaram/ terhormat (yang diluluskan oleh syarak), dibenarkan oleh Islam.
– Penglibatan doktor pakar atau mana-mana pihak yang berkaitan dengan bank air mani adalah haram

*Jadi, biarkan semua ini sebagai ketentuan Illahi…

Baca juga: 7 Jenis Makanan Yang Kaya Dengan Asid Folik, Badan Bakal Mommy Makin Subur & Sihat!

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan, Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×