Euforia Bola 2026
40 Minggu

“Makin Dekat Due, Makin Teruk” – Wanita Diuji Dengan Masalah Kulit Ketika Hamil, 90% Wajah Bertukar!

alahan mengandung

Setiap ibu hamil pasti melalui pengalaman yang berbeza dalam tahap kesihatan, termasuk perubahan ketara pada tubuh badan dan wajah. Baru-baru ini, kisah seorang wanita bernama Farah menarik perhatian apabila dia berkongsi alahan mengandung yang menjadi cabaran dari segi perubahan fizikal.

Hal ini kerana, alahan yang dialaminya menjejaskan keyakinan diri namun, di sebalik kesukaran itu, sokongan padu daripada suami menjadi kekuatan utama buatnya terus tabah menghadapi detik-detik menjelang kelahiran.

Baca juga: “Mummy Tak Sempat Peluk Kamu” – Watie Sebak Cerita Alami Keguguran, Dapat Petanda Mimpi

WANITA ALAMI ALAHAN MENGANDUNG LUAR BIASA, WAJAH BERTUKAR 90%!

alahan mengandung

Foto Farah ketika sebelum dan semasa hamil.

Perkongsian pengalaman peribadi menerusi laman X @ayyitslala ini adalah ketika dia sedang hamil lapan bulan. Dalam gambar yang dimuat naik, jelas kelihatan wajahnya mengalami perubahan seperti jerawat halus yang tumbuh, munculnya garisan halus di kulit serta bentuk hidung yang kelihatan lebih besar daripada biasa. Farah mengakui sudah mencuba pelbagai jenis produk penjagaan kulit, namun kesannya tetap tidak memuaskan.

“Wajah makin berubah… makin hampir tarikh bersalin, makin terjejas..” tulis Farah.

Semakin dekat dengan tarikh bersalin, Farah perasan keadaan wajahnya bertambah teruk. Pada mulanya, dia sendiri tertanya-tanya kenapa perubahan drastik ini berlaku kepadanya kerana perubahan tersebut turut menjejaskan keyakinan dirinya. Walau bagaimanapun, sokongan berterusan daripada suaminya banyak membantunya untuk terus kuat dan positif dalam menempuh cabaran ini.

“I tak ada rasa sedih, tapi rasa insecure tu memang ada. Suami selalu ingatkan ini cuma sementara. Dia sentiasa beri kata-kata semangat dan pujian. Katanya, saya tetap cantik di matanya dan tak perlu rasa ragu dengan diri sendiri,” tambahnya lagi.

Di penghujung perkongsiannya, Farah turut menitipkan nasihat kepada para suami agar sentiasa menghargai isteri mereka yang sedang mengandung. Dia juga mendoakan agar semua ibu hamil diberikan kemudahan dan kekuatan dalam menghadapi fasa kehamilan masing-masing.

“Setiap kehamilan ada cerita tersendiri, hargailah pasangan,” tulis Farah di akhir perkongsian.

alahan mengandung

*Semoga perjalanan kehamilan Farah berlangsung dengan lancar dan kembali pulih dengan wajah asal. Buat bakal ibu di luar sana, anda pun boleh jadi salah seorang yang ‘terkena’ alahan sebegini!

Baca lagi: “Tak Semua Perkahwinan Perlu Anak”- 6 Punca Fenomena Pasangan ‘Childfree’ Di Malaysia Meningkat

Sumber: X @ayyitslala

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×