Sakit senggugut tapi tak period? Situasi ini mungkin membingungkan, terutama jika anda biasa mengalami senggugut hanya ketika datang haid. Sebenarnya, terdapat pelbagai sebab yang boleh menyebabkan rasa sakit seperti senggugut walaupun haid belum datang atau langsung tidak muncul.
Dari masalah kesihatan ringan hinggalah kepada kondisi yang lebih serius, penting untuk mengenalpasti puncanya agar rawatan yang sesuai dapat dilakukan. Jika anda sering mengalami senggugut seminggu tapi tak haid, sebaiknya lakukan pemeriksaan doktor untuk mengetahui sebab sebenar.
Baca juga: Kentut Sambil Berjalan Beri Manfaat Kesihatan, Tapi Afdalnya Selepas Makan! – Pakar
SAKIT SENGGUGUT TAPI TAK PERIOD
Berikut adalah beberapa punca yang mungkin menyebabkan anda mengalami kekejangan perut bukan kerana haid:
1. Kanser ovari
Kanser ovari merupakan salah satu punca sakit senggugut tapi tak period. Di mana, ia adalah punca kesakitan yang jarang berlaku di dalam perut atau pelvis.
Beberapa gejala boleh muncul sekiranya kanser ovari itu besar, antaranya menyebabkan:
- Sakit atau tekanan di perut ata belakang
- Rasa berat atau kenyang
- Bengkak perut
- Keperluan mendesak untuk kencing
2. Ketakcernaan
Ketakcernaan atau senak perut disebut juga dispepsia yang mempunyai gejala seperti:
- Sakit di bahagian atas perut
- Berasa terlalu kenyang
- Rasa terlalu kenyang selepas makan
Malah, perut kembung dan berangin juga menyebabkan gejala kekejangan di bahagian bawah abdomen.
3. Kehamilan
Hamil merupakan antara punca anda sakit senggugut tapi tak period. Ia berlaku apabila embrio yang disenyawakan menempel ke lapisan rahim.
4. Endometriosis
Sakit senggugut tapi tak period kemungkinan disebakan endometriosis. Masalah endometriosis berkembang apabila lapisan rahim mula tumbuh di luar rahim seperti di tiub fallopio, ovari atau pundi kencing.
5. Ovulasi
Ovulasi adalah sebab paling mudah dan biasa untuk berlaku merasai senggugut di luar kitaran haid.
Di mana, ia berlaku secara semula jadi dalam tempoh 10-14 hari daripada tempoh haid apabila mengeluarkan telur yang tidak disenyawakan sebagai kitaran haid.
Baca juga: Lelaki, Awas! Ini 9 Simptom Awal HIV Yang Ramai Tak Sedar

Gambar Freepik.
6. Penyakit radang usus (IBD)
IBD ialah keradangan kronik – jangka panjang dalam usus. Kedua-dua penyakit Crohn dan kolitis ulseratif adalah antara bentuk IBD.
Gejala bergantung kepada keparahan dan jenis IBD tetapi biasanya melibatkan kesakitan pada perut. Simptom lain:
- Cirit-birit
- Najis berdarah
- Pengurangan berat
- Keletihan
- Demam
- Keperluan mendesak untuk membuang air besar
7. Kekejangan perut kerana sindrom kerengsaan usus (IBS)
IBS boleh menyebabkan beberapa gejala berkaitan sistem penghadaman tetapi tidak berlaku keradangan kronik dalam usus seperti IBD.
Antara gejala IBS adalah:
- Cirit-birit
- Sembelit
- Sakit perut atau kekejangan
8. Interstitial Cystitis (IC)
IC adalah keadaan menjejaskan pundi kencing yang sering dipanggil sindrom pundi kencing yang menyakitkan. Kekejangan merupakan antara gejalanya bersama keinginan untuk kencing yang kerap.
9. Pramenopaus
Merujuk kepada tempoh masa yang bermula apabila fungsi ovari mula merosot dan berterusan sehingga menopaus. Di mana, tidak berlaku pendarahan haid untuk tempoh setahun.
10. Penyakit radang pelvis (PID)
PID adalah jangkitan pada organ pembiakan wanita. Ia boleh menjadi komplikasi bagi beberapa penyakit jangkitan kelamin seperti klamidia dan gonorea.
11. Sista Ovari
Keadaan ini juga boleh menyebabkan kekejangan iaitu sakit senggugut tapi tak period.
Sista boleh terbentuk apabila kantung berisi cecair di sekeliling ovari, sama ada tidak membenarkan telur untuk berovulasi atau gagal menutup dengan betul selepas telur dikeluarkan.
Baca juga: Penyakit HFMD Kembali ‘Menyerang’, Ketahui 10 Tanda Ini Agar Cepat Terima Rawatan!
Sumber: Hello Doktor
FT Image: LifeStyleMemory

