Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Berminggu-Minggu Suami Tak ‘Tunai’ Hubungan Intim, Rupanya Dalaman Si Isteri Meronta!

HUBUNGAN INTIM

Hubungan intim sering dianggap sebagai salah satu aspek penting dalam hubungan suami isteri. Namun, ada kalanya suami sendiri yang menolak untuk melakukannya atas beberapa sebab.

Walau bagaimanapun, jika hubungan intim dibiarkan bermingg-minggu, ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada isteri seperti disenaraikan di bawah ini.

Baca juga: Koperal Amiruddin & Isteri Tunggu 10 Tahun Timang Anak Perempuan, “Tapi Dia Sudah Tiada”

TAK BUAT HUBUNGAN INTIM BERMINGGU-MINGGU, ADA KESAN DEKAT ISTERI

HUBUNGAN INTIM

1. Hormon cinta (oksitosin) berkurang

Oksitosin atau juga dikenali sebagai “hormon cinta”, dilepaskan dalam jumlah besar semasa hubungan intim, pelukan, dan sentuhan kasih sayang.

Hormon ini boleh kuatkan lagu ikatan emosi dan kepercayaan antara suami isteri. Apabila hubungan intim jarang berlaku, paras oksitosin menurun yang boleh menyebabkan hubungan terasa lebih renggang, dingin, atau kurang mesra.

2. Rahim & faraj kurang rangsangan

Secara fisiologi, hubungan intim membantu mengekalkan kesihatan organ reproduktif wanita. Faraj yang kurang dirangsang dalam jangka panjang boleh menyebabkan kekeringan, berkurangnya elastisiti dan masalah tidak selesa sewaktu bersama.

Rangsangan seksual juga membantu meningkatkan aliran darah ke kawasan rahim dan faraj yang baik untuk kesihatan tisu organ tersebut.

3. Hormon subur mula ‘tidur’

Kekurangan hubungan intim antara suami isteri juga boleh mengakibatkan hormon subur mula ‘tidur’. Aktiviti seksual secara konsisten dapat membantu tubuh wanita mengekalkan kestabilan hormon seperti estrogen dan progesteron, yang penting untuk kesuburan.

Jika hubungan intim jarang berlaku, sistem hormon boleh menjadi ‘malas’, kitaran haid mungkin terganggu, dan keinginan seksual (libido) menurun. Keadaan ini boleh mengganggu peluang untuk hamil dan mengganggu keseimbangan hormon jangka panjang.

4. Emosi pasangan makin jauh

Hubungan fizikal sering menjadi jambatan kepada hubungan emosi jadi tanpa sentuhan, pelukan, dan hubungan intim, pasangan mungkin mula rasa terabai atau tidak dihargai.

Perasaan ini, jika tidak ditangani, boleh membawa kepada kurangnya komunikasi, lebih banyak salah faham dan akhirnya renggang dalam hubungan. Keintiman fizikal adalah salah satu bahasa cinta yang penting dalam perkahwinan.

Hubungan intim bukan sekadar keperluan fizikal tetapi elemen penting dalam mengikat emosi, menyuburkan kasih sayang, dan menjaga kesihatan pasangan secara keseluruhan.

Baca juga: “Kenapa Tembikai Warna Hijau?”- Soalan Spontan Rina Anak Durian Kimchi Buat Ramai ‘Blur’ Nak Jawab, Comel Betul!

Sumber: Dr Raihana Ismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×