Euforia Bola 2026
Famili

Tragedi Hitam 9 Anggota FRU Terbunuh, Rupanya Pemandu Lori Ada 6 Rekod Jenayah!

nahas fru

Semalam, negara kita dikejutkan dengan tragedi menyayat hati apabila sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terkorban dalam satu kemalangan. Nahas FRU itu membabitkan konvoi pasukan tersebut dan sebuah lori membawa muatan batu.

Dalam laporan terbaharu Berita Harian, pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan tragis itu dikenal pasti memiliki pelbagai rekod jenayah lampau, termasuk berkaitan dadah!

Baca juga: Bayi 22 Bulan Diserang Sawan Demam Panas Akibat ‘Disidai’ Hampir 11 Jam Di Wad, Hospital Mohon Maaf

NAHAS FRU: PEMANDU LORI ADA REKOD JENAYAH

nahas fru

Foto Sinar Harian: Situasi semasa kemalangan di Teluk Intan.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, memaklumkan bahawa lelaki berusia 45 tahun itu mempunyai enam rekod jenayah dan kebanyakannya melibatkan kesalahan berkaitan dadah.

“Suspek mempunyai enam rekod jenayah terdahulu, majoritinya berkaitan kes dadah,” katanya kepada pihak media di perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Teluk Intan.

Turut hadir di lokasi ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay. Menurutnya lagi, ujian awal air kencing ke atas pemandu lori berkenaan yang membawa muatan batu menunjukkan keputusan negatif, namun siasatan lanjut masih diteruskan.

Suspek yang kini berada dalam tahanan juga dipercayai mempunyai beberapa saman trafik yang masih belum dijelaskan,” tambah beliau.

Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai hingga menyebabkan kematian.

Sekadar info berkaitan kes, kemalangan ngeri itu berlaku sekitar jam 8.30 pagi semalam (13 Mei 2025) ketika konvoi Unit 5 FRU sedang dalam perjalanan pulang selepas menjalankan tugas kawalan awam di Teluk Intan. Konvoi yang terdiri daripada tujuh kenderaan itu menuju ke pangkalan mereka di Sungai Senam, Ipoh, sebelum salah sebuah lori merempuh trak yang membawa anggota FRU.

Lapan anggota disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Teluk Intan. Tiga yang lain dilaporkan dalam keadaan kritikal. Insiden ini juga diklasifikasikan sebagai kehilangan besar bukan sahaja kepada pasukan FRU tetapi juga kepada keseluruhan pasukan polis.

“Segala urusan termasuk bedah siasat, pemakluman kepada keluarga, dan pengebumian akan dilaksanakan dengan penuh penghormatan.

“Mangsa yang terkorban merupakan anak jati Perak, kecuali seorang dari Kedah. Tujuh beragama Islam, manakala dua bukan Islam.

“Pengkebumian akan diuruskan mengikut kepercayaan agama masing-masing dengan penghormatan penuh daripada pihak polis.

“Bagi mangsa yang cedera, terdapat yang masih dalam keadaan kritikal di zon merah, sementara yang lain sedang dirawat di zon kuning di Hospital Teluk Intan,” tambah Ketua Polis Perak.

nahas fru

Foto hiasan.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa…

Baca juga: 4 Jam Ibu Keluar Dengan Teman Lelaki Tinggal 3 Anak Kecil Di Rumah, Akhirnya Maut Dalam Kebakaran!

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×