Menerusi laman Facebook milik Sharon Low, dia ada kongsikan satu posting di mana seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) berusaha mencari pendapatan dengan cara jual durian.
Jelasnya, usaha itu dilakukan kerana lelaki tersebut tidak mempunyai sumber pendapatan lain dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada jualan durian demi menyara hidup.
Baca juga: Wanita Ini Kena LUDAH Dengan Alpaca Sebab Tarik Telinga, Warganet Komen “Puas Hati Tengok”
LELAKI OKU JUAL DURIAN UNTUK SUMBER PENDAPATAN

Dalam perkongsian tersebut, Sharon turut berkongsi pengalaman menyayat hati apabila lelaki itu memaklumkan bahawa dia sebelum ini pernah menunggu di gerainya sehingga jam 4 pagi.
Hal ini kerana seorang pelanggan telah berjanji mahu datang membeli durian. Namun, pelanggan itu tidak kunjung tiba.
Kisah itu benar-benar menyentuh hati kerana menggambarkan betapa besar harapan yang diletakkan pada setiap pelanggan dan betapa pedihnya apabila harapan itu tidak menjadi kenyataan.
Sharon turut memuji kualiti durian yang dijual lelaki tersebut, menyatakan bahawa duriannya sangat sedap, berkrim, wangi dan penuh rasa. Jelas usaha yang dilakukan bukan sekadar menjual, tetapi memastikan pembeli mendapat yang terbaik.
“Lelaki OKU ini tiada sumber pendapatan lain dan terpaksa menjual durian untuk mencari rezeki. Saya ada sembang dengan dia, dan dia bagitau malam tadi, dia tunggu dekat gerai dia sampai pukul 4 pagi sebab ada pelanggan dah janji nak datang.
“Akhirnya, pelanggan tersebut tidak muncul. Sungguh hancur hati saya mendengarny. Saya mencuba sendiri durian yang dijual, sejujurnya, memang sedap! Berkrim, wangi, dan penuh rasa,” ujar Sharon.
Lokasi: Depan Warung Sambal Opah, USJ9
Mula berniaga jam 5 petang hingga lewat malam.
Jika anda berdekatan, boleh cuba singgah untuk membeli duriannya. Walaupun pertolongan kecil tapi boleh memberi impak yang besar.
Baca juga: Cara Masak Seafood Ikut MASA Yang Betul, Lebih ‘Juicy’, Tak Mentah & Tak Liat Bila Makan!
Sumber: Facebook Sharon Low
