Euforia Bola 2026
Famili

Kurang Menonjol Dalam Akademik, Tapi Murid Darjah 6 Ini Ada Bakat Melukis, Terpegun Cikgu Tengok!

bakat tersembunyi

Kecerdasan seorang kanak-kanak tidak boleh dinilai hanya dari akademiknya. Biarpun tidak cemerlang di akademik, siapa tahu dalam diam mereka ini mempunyai bakat tersembunyi.

Malah, tidaklah adil jika kecerdasan kanak-kanak hanya diukur dari seberapa kerap dia mendapat kedudukan terbaik di dalam peperiksaan sekolah.

Baca juga: Tak Sia-Sia Kunyah Kismis Masa Sekolah, IQ Orang Malaysia Top 25 Di DUNIA!

BAKAT TERSEMBUNYI MURID ‘PUKAU’ GURU!

bakat tersembunyi

Gambar Haiqal Iskandar: Watak-watak kartun yang dilukis Alif di dalam buku tulisnya.

Setiap kanak-kanak itu pasti mempunyai kecerdasan yang berbeza dan unik. Seperti kisah tular yang dikongsikan oleh seorang guru ini di media sosial.

Guru yang dikenali sebagai Haiqal Iskandar tidak menyangka, seorang pelajarnya dalam diam mempunyai bakat tersembunyi. Pelajar di dalam hantaran tersebut dinamakan sebagai Alif.

Dalam catatan itu, Alif merupakan pelajar darjah 6 di sesebuah sekolah. Malah, guru Alif menjelaskan bahawa muridnya itu tidak begitu cemerlang dalam bidang akademik.

“Salah seorang murid tahun 6 saya, akademiknya mungkin biasa sahaja, kelas terakhir tapi korang tengoklah bakat dia ini,” tulis Haiqal Iskandar.

Ternyata Alif selama ini, suka mencoret-coret buku tulis sekolahnya secara rahsia. Dapat dilihat, buku tulis Alif diisi dengan pelbagai lukisan watak kartun dan doodle.

Bahkan, di beberapa halaman terlihat pula Alif suka melukis komik. Bagi tahap kanak-kanak sekolah rendah, gambar yang dilukis Alif cukup baik dan kemas.

“Talented dan kreatif berseni, dia boleh lukis kartun kegemarannya sebiji-sebiji. Kagum dengannya,” kata Haiqal Iskandar.

Baca juga: Bila Masuk Darjah 6 Bukan Fokus ‘Exam’ Je, Banyak Perkara Lain Adik-Adik Kena Skor, Ambil Nota Ini!

bakat tersembunyi

Gambar Haiqal Iskandar

Menjengah di ruangan komen, kebanyakan warga maya memberikan reaksi yang positif berserta kata-kata sokongan terhadap adik Alif yang berbakat itu.

“Cikgu cadangkan dia ke sekolah seni untuk menengah nanti, perlu mendapat sokongan guru. Sedikit usaha cikgu untuk masa depan dia amatlah bahagia bila ianya berjaya.

“Memang gifted adik ini, aunty doakan kau berjaya dalam bidang ini.

“Ibu bapanya patut bangga ada anak yang senior macam ini. Walaupun akademik tak bagus tapi berbakat seni yang dia ada sangat hebat.

“Bakat luar biasa anak kadang-kadang ramai ibu bapa tidak tahu. Sokong minatnya, contenglah apa pun itulah bakat terpendam. Akademik terbaik ataupun tidak, kita tak tahu tuahnya di masa hadapan. Alhamdulillah, tahniah buat semua anak-anak luar biasa. Semoga terus melakar kejayaan di masa hadapan. Aamiin,” komen beberapa pengguna media sosial.

budak gifted

Gambar Haiqal Iskandar.

Baca juga: Gajikan Barista Sindrom Down, Kafe Kecil Ini Dapat Reaksi Positif Jadi ‘Buruan’ Pelanggan!

Sumber: Haiqal Iskandar

FT Image: Haiqal Iskandar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×