Euforia Bola 2026
gaya hidup

“My Way, My Tab” – Gaya Hidup Moden & “Multitasking” Lebih Cekap Dengan Galaxy Tab S10 FE

Sebut tentang tablet, kebanyakan orang akan terbayang skrin besar untuk hiburan semata-mata.

Namun, dengan Samsung Galaxy Tab S10 FE, tablet ini lebih daripada sekadar peranti untuk menonton drama atau bermain permainan, ia direka untuk menjadi sebahagian daripada gaya hidup anda.

Sama ada untuk bekerja, belajar, berkarya atau berehat, Galaxy Tab S10 FE memberikan pengalaman serba lengkap dengan sokongan teknologi AI dan rekaan moden.

Dengan saiz skrin yang lebih besar, ketahanan IP68, prestasi yang lebih pantas dan ciri pintar Galaxy AI seperti Circle to Search dan Note Assist, tablet ini sesuai untuk mereka yang mencari lebih daripada sekadar peranti biasa.

Fleksibel, bergaya dan penuh dengan fungsi, tablet ini direka untuk memenuhi keperluan generasi ‘multitasking’ masa kini.

Cerminan Gaya Hidup Digital Moden

Samsung Galaxy Tab S10 FE Series bukan sekadar tablet biasa. Ia lebih daripada itu kerana peranti ini adalah cerminan gaya hidup moden yang penuh dengan teknologi canggih dan rekaan premium.

Pada pelancaran baru-baru ini, Galaxy Tab S10 FE dan S10 FE+ diperkenalkan, membawa nafas baru dalam dunia tablet dengan kombinasi reka bentuk yang menawan dan sokongan teknologi pintar.

Rekaan Premium, Skrin Lebih Imersif

Galaxy Tab S10 FE tampil dengan paparan 10.9 inci, manakala versi S10 FE+ menampilkan skrin 13.1 inci, lebih besar dan sesuai untuk multitasking atau menikmati kandungan visual tanpa gangguan.

Dengan ketebalan hanya 6.0mm dan perlindungan IP68 yang kalis air dan habuk, kedua-dua model ini tetap ringan, nipis dan tahan lasak.

Selain itu, paparan LCD dengan ‘refresh rate’ 90Hz dan tahap kecerahan sehingga 800 nits memastikan visual kekal jelas, walaupun di bawah sinar matahari.

Jadi, tak kira anda sedang bekerja atau menonton filem, pengalaman paparan tetap menakjubkan.

Diperkasa Teknologi AI

Tab S10 FE dikuasakan oleh cip Exynos 1580 dan pilihan RAM 8GB/128GB atau 12GB/256GB, bersama sokongan microSD sehingga 2TB.

Semua ini menjamin prestasi yang lancar, walaupun digunakan untuk aplikasi berat atau ‘multitasking’.

Lebih menarik, ciri pintar Galaxy AI seperti Circle to Search, Note Assist, Math Solver dan Object Eraser turut disertakan bagi memudahkan kerja harian anda menjadi lebih produktif dan efisien.

Pilihan Untuk Semua Gaya Hidup

Untuk Profesional: Galaxy Tab S Series

Bagi mereka yang mencari prestasi tinggi, Galaxy Tab S Series menawarkan paparan Dynamic AMOLED 120Hz, mod DeX dan papan kekunci boleh cabut  menjadikan tablet ini pilihan utama untuk profesional.

Tambahan pula, Galaxy AI menyokong terjemahan masa nyata, penulisan ringkasan dan nota automatik, meningkatkan kecekapan kerja harian.

Untuk Peminat Hiburan: Galaxy Tab A Series

Siri ini menawarkan pengalaman audio-visual terbaik dengan paparan besar dan sokongan Dolby Atmos Quad Speakers yang sesuai untuk penstriman drama, permainan video atau mendengar muzik santai.

Anda dapat menikmati hiburan dengan lebih jelas dan mendalam, di mana sahaja anda berada.

Untuk Pelajar & Tugasan Ringan: Galaxy Tab S Lite

Direka khas untuk pelajar, Galaxy Tab S Lite hadir dengan S Pen, antara muka mesra pengguna dan fungsi ‘multi-window’.

Baterinya yang mampu bertahan sehingga 14 jam juga menjadikan ia pilihan ideal untuk pembelajaran sepanjang hari.

Untuk Si Kreatif: Galaxy Tab S FE

Galaxy Tab S FE menyediakan ruang untuk kreativiti berkembang. Tambahan pula, sokongan aplikasi seperti Clip Studio Paint, Noteshelf 3 dan Sketchbook menjadikannya platform terbaik untuk menghasilkan karya digital.

Fungsi Galaxy AI seperti Note Assist dan Circle to Search mempercepatkan proses kerja dan menghasilkan idea.

Nak lihat bagaimana Galaxy Tab menyerlahkan personaliti anda? Saksikan siri video rasmi Samsung dan alami sendiri perbezaannya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Samsung Galaxy Tab S10 FE, layari laman web Samsung.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×