Diperkenalkan secara rasmi menerusi Galaxy Unpacked 2025, peranti boleh lipat terbaharu Samsung ini tampil dengan reka bentuk lebih sofistikated, keupayaan AI pintar dan pengalaman pengguna yang dipertingkatkan.
Kedua-dua peranti ini diumumkan di Brooklyn, Amerika Syarikat dengan tema ‘Unfold Ultra’, menandakan satu fasa baharu dalam evolusi teknologi mudah alih, khususnya dalam ekosistem AI yang semakin berkembang.

Galaxy Z Fold7 Telefon lipat paling nipis Samsung, Padat dengan kuasa AI dan ciri premium

Galaxy Z Fold7 hadir sebagai telefon pintar boleh lipat paling nipis Samsung setakat ini, hanya 8.9mm tebal apabila dilipat dan seberat 215g, menjadikannya selesa digenggam serta mudah dibawa.

Paparan utamanya berukuran 8.0 inci (QXGA+) Dynamic AMOLED 2X dengan kadar segar semula 120Hz, ia kini 11% lebih besar berbanding model sebelumnya dan mampu mencapai tahap kecerahan maksimum 2,600 nits. Sesuai untuk tontonan multimedia, melakar ilustrasi digital mahupun bekerja secara produktif di mana-mana sahaja.
Bagi peminat fotografi, Galaxy Z Fold7 dilengkapi kamera utama 200MP dengan sokongan ProVisual Engine serta pelbagai alatan penyuntingan berasaskan AI seperti Generative Edit, Portrait Studio dan Suggest Erases.

Spesifikasi utama Galaxy Z Fold7:
- Paparan hadapan 6.5 inci FHD+ (120Hz).
- Cip pemprosesan Snapdragon 8 Elite for Galaxy.
- Bateri berkembar 4,400mAh dengan pengecasan pantas.
- Sokongan pengecasan tanpar wayar pantas + Wireless PowerShare.
- Rangka Titanium, engsel Armor FlexHinge dan kaca Gorilla Glass Ceramic 2.
- Pilihan storan: sehingga 1TB.
- Penarafan kalis air IP48.
- Warna pilihan: Blue Shadow, Silver Shadow, Jet-black atau Mint (eksklusif di Samsung.com).
Galaxy Z Flip7: Kompak, Anggun dan Kini Lebih Serbaguna
Untuk pengguna yang mengutamakan gaya dan fungsian yang cekap, Galaxy Z Flip7 tampil dengan reka bentuk lebih nipis dan ringan (hanya 188g), serta dilengkapi paparan luar baharu bersaiz 4.1 inci yang menyokong interaksi penuh tanpa perlu membuka peranti.
Dengan paparan luar FlexWindow yang lebih besar, anda boleh membalas mesej, melihat notifikasi, mengawal muzik dan juga mengambil swafoto secara pantas.

Kamera utamanya beresolusi 50MP, kini dipertingkatkan dengan sokongan HDR 10-bit dan teknologi Nightography untuk hasil yang lebih jelas walaupun dalam pencahayaan rendah. Beberapa ciri khas turut diperkenalkan untuk pencipta kandungan seperti Real-Time Filters, Zoom Slider dan Dual Preview.

Menariknya, Galaxy Z Flip7 juga merupakan model Flip pertama yang menyokong Samsung DeX, membolehkan anda menyambung ke monitor dan bekerja dalam paparan seperti desktop. Spesifikasi utama Galaxy Z Flip7:
- Paparan utama 6.9 inci FHD+ (120Hz)
- Cip Exynos 2500 (3nm, dioptimumkan untuk Galaxy)
- Bateri berkembar 4,300mAh (tahan sehingga 31 jam tontonan video)
- Pengecasan pantas 25W + pengecasan tanpa wayar
- Kaca Gorilla Glass Victus 2 & rangka Armor Aluminum
- Pilihan storan: 256GB atau 512GB
- Penarafan kalis air IP48
- Warna pilihan: Blue Shadow, Jet-black, Coral-red, dan Mint (eksklusif di Samsung.com)
Disokong Ciri AI Yang Lebih Pintar, Lebih Peribadi
Samsung melangkah lebih jauh dengan mengintegrasikan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang benar-benar memberi manfaat kepada pengguna.
Galaxy Z Fold7:
- Writing Assist: bantu menghasilkan teks, e-mel atau laporan dengan gaya bahasa yang lebih kemas dan profesional.
- Drawing Assist: tukar lakaran ringkas kepada imej digital berkualiti tinggi.
Galaxy Z Flip7:
- Gemini Live: menjawab soalan berdasarkan konteks, memberi cadangan kamera pintar dan membantu melalui kawalan suara.
Kedua-dua peranti juga hadir dengan sistem operasi terkini, One UI 8, yang memperkenalkan:
- Now Bar – memaparkan aktiviti aplikasi secara langsung
- Now Brief – ringkasan berita dan agenda harian pada waktu pagi
- Circle to Search – cari maklumat dengan hanya melingkari item pada skrin
Pra-Tempah Kini Dibuka! Jadi Antara Yang Terawal Memiliki Peranti Foldable Paling Canggih Ini
Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7 akan mula dijual secara rasmi di Malaysia pada 25 Julai 2025, namun anda kini boleh membuat pra-tempahan dan menikmati pelbagai tawaran eksklusif termasuk bonus tukar beli (trade-in), hadiah percuma dan pakej istimewa sementara stok masih ada.
Layari laman rasmi Samsung Malaysia atau kunjungi pengedar sah berdekatan untuk maklumat lanjut dan pembelian.
