Pemilihan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) kini bukan sekadar bergantung kepada keputusan akademik semata-mata. Ujian UKKM atau dikenali sebagai Kecenderungan Kemasukan MRSM menjadi penentu utama yang menguji bukan sahaja kefahaman calon dalam subjek Matematik, Sains dan Bahasa Melayu, tetapi juga keperibadian dan kesediaan mental mereka.
Setiap tahun, format dan tahap kesukaran UKKM berubah, menjadikan persediaan awal sebagai kunci kejayaan. Berdasarkan pengalaman ibu bapa yang pernah melalui proses ini, jelaslah bahawa latihan berjadual, disiplin diri, dan sokongan keluarga sangat penting dalam memastikan anak-anak bersedia sepenuhnya.
Baca juga: Ini Senarai Ranking Sekolah Yang ‘Top’ SPM 2024 Untuk SBP & MRSM, Tahniah Buat Semua!
PERSEDIAAN UJIAN UKKM UNTUK ANAK-ANAK TARGET MASUK MRSM

Jadi, berikut merupakan perkongsian dari seorang ibu di Syazwin Hassan tentang strategi dan panduan komprehensif untuk ibu bapa yang serius mahu melihat anak mereka melangkah ke MRSM dengan yakin dan bersedia sepenuhnya.
Untuk calon UKKM 2025 intake 2026, jika target nak MRSM, ini yang anda kena buat mulai sekarang.
1. Buat latihan Matematik buku teks HARI-HARI. Minimum 20 soalan, WAJIB. Anak kedua ikut cakap abangnya dulu, abangnya pesan Math UKKM macam Math buku teks. Adiknya pun membenarkan apa yang abangnya sebut dulu bila dah selesai bahagian dia pula.
2. Buat latihan pengukuhan tatabahasa, pemahaman subjek BM HARI-HARI skala sukar. Anak guna apps ILearnAce dan boleh setting skala mudah-sederhana-sukar.
3. Buat latihan Sains HARI-HARI. Wajib khatam sendiri subjek ni sebulan awal sebelum UKKM. Maknanya masa bulan nak mohon online tu dah selesai semua silibus sendiri. Wajib ada jadual belajar yang detail untuk setiap komponen yang diuji.
Tiga subjek ni sahaja yang diuji untuk kemasukan MRSM. Selain itu ada diuji 100 soalan keperibadian dan berbeza ikut tahun. Anak kedua dapat hampir 3/4 set soalan keperibadian yang menguji tentang kesihatan mental. Berbeza dengan set soalan keperibadian masa anak pertama dulu.
Jadi bersedialah dari segenap aspek, bukan akademik semata-mata kerana secara peribadi kami rasa sangat seram bila ada ujian soalan keperibadian, hanya calon sahaja yang tahu apa yang mereka jawab dari hati sendiri. 100 soalan keperibadian dalam masa 30minit. UKKM memang bermain dengan masa. Perlu teliti dan cekap.
– Semua objektif
– Semua computerised
– Semua komponen ada timer
Jadi latih anak biasakan buat latihan ikut masa. Jika mohon aliran IGCSE ada ujian khas iaitu soalan IQ dalam Bahasa Inggeris. Jadi buatlah latihan soalan IQ dari pelbagai sumber: YouTube, surat khabar dan sebagainya.
Jika mohon aliran Ulul Albab ada ujian khas hafazan, 8 baris 25 minit. Tempoh yang diberi untuk hafal mana-mana surah yang ada 2-3 ayat panjang. Calon dapat lembaran ayat pada hari ujian di bilik khas, ramai-ramai akan hafal ayat masing-masing.
*Selamat mencuba!
Baca juga: Nak Masuk MRSM, SBP & Sekolah Kluster Kena ‘Reject’ Sebab T20? Kena Tahu Beza 3 Sekolah Ini
Sumber: Foto Suara TV, Shazwin Hassan
