Euforia Bola 2026
Sihat

Jangan Pandang Rendah Telur Separuh Masak, Rupanya Ini Rahsia Tenaga Batin Cik Abang ‘Power’!

khasiat telur separuh masak

Dalam era moden yang penuh dengan pelbagai pilihan makanan tambahan dan gaya hidup yang sihat, ramai yang terlupa bahawa kadangkala, rahsia kepada kesihatan dan tenaga lelaki terletak pada amalan pemakanan yang ringkas. Salah satunya adalah khasiat telur separuh masak.

Ramai lelaki zaman moden tidak tahu bahawa pengambilan telur separuh masak yang sering dianggap biasa, sebenarnya kaya dengan manfaat luar biasa!

Baca juga: Ubat Kuat Untuk Suami, Guna Bawang Putih Bakar & Madu Asli

KHASIAT TELUR SEPARUH MASAK UNTUK ‘KEKUATAN’ LELAKI

khasiat telur separuh masak

Foto: Freepik

Dari membantu pembentukan otot, meningkatkan hormon testosteron, hingga menyokong prestasi fizikal dan mental, telur separuh masak merupakan pilihan semula jadi yang telah diamalkan oleh lelaki zaman dahulu untuk kekal sihat, bertenaga, dan gagah dalam pelbagai aspek kehidupan. Berikut merupakan penjelasan dari Dr. Samhan di laman X.

Ramai lelaki tak tahu…telur separuh masak bukan sekadar sarapan. Tapi inilah rahsia orang lama kekal bertenaga, stamina padu dan jarang “pancit” di ranjang

1. Protein Tinggi- Bina Otot & Stamina

Protein bantu:

– Bina otot
– Bagi tenaga tahan lama
– Kurangkan rasa mengantuk
– Lagi banyak otot = Lagi tahan lama masa “beraksi”

2. Seimbangkan Hormon Lelaki

Telur kaya dengan:

– Vitamin D
– Zink
– Lemak sihat

Semua ni penting untuk stabilkan hormon testosteron, iaitu:

– Kunci tenaga dalaman
– Tingkatkan nafsu
– Kawal mood lelaki
– Kurang testosteron = Lesu, cepat letih & “adik” tak responsive!

3. Tingkatkan Prestasi Di Ranjang

Nutrien dalam telur bantu:

– Cepat recover
– Kurangkan stres
– Tingkatkan fokus
– Bila bersama pasangan, badan lebih ready & tahan lama.

Cara Makan Untuk Dapat Khasiat Maksimum:

khasiat telur separuh masak

Foto: Freepik

– 2 biji telur separuh masak setiap pagi
– Jangan lebih 4 biji sehari (jaga kolesterol)
– Makan dengan oat, roti bakar – atau kosong pun dah power!

*Kalau isteri nak stamina suami macam lelaki muda? Jangan skip telur pagi-pagi ya!

Baca juga: TERBONGKAR! Ini 3 Tanda Awal Tenaga Batin Lelaki Sudah Semakin Lemah, Baru Tahu!

Sumber: X @DrSamhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×