Tahukah anda, wujudnya istilah ‘pokok berhantu’ kerana dikatakan menjadi tempat tinggal kesukaan makluk halus yang suka bertenggek padanya.
Ada pelbagai jenis makluk halus yang suka tinggal di pokok berhantu ini seperti puntianak, pocong, toyol, genderuwo dan lain-lain lagi. Justeru itu, mari kenali apakah jenis-jenis pokok yang sering menjadi tempat tinggal makhluk halus atau hantu-hantu ini.
Baca juga: Tips Halau Kucing Berak Pada Tanaman Guna Kulit Limau Mandarin, Baru Tak Sakit Hati!
11 POKOK BERHANTU JADI RUMAH KESUKAAN ‘MEREKA’
1. Pokok Nangka

Biarpun buahnya sedap dinikmati, namun pokok nangka dipercayai menjadi tempat tinggal hantu.
2. Pokok Buluh

Gambar freepik.
Pokok buluh adalah salah satu pokok yang disukai oleh hantu bernama pontianak dan akan dijadikan sebagai tempat tinggalnya.
3. Pokok Pisang

Pokok pisang terutamanya pisang yang berkumpul serumpun merupakan tempat tinggal pontianak dan pocong.
4. Pokok sukun

Pokok sukun biasanya menjadi tempat tinggal pocong.
5. Pokok Bacang

Pokok bacang biasanya dijadikan sebagai tempat bermain oleh toyol. Buah pokok bacang hampir sama dengan buah mangga, cuma bentuk buah bacang lebih bulat dan mempunyai serat yang lebih banyak.
Baca juga: 6 Jenis Sayur Yang Mudah Ditanam Di Kawasan Rumah, Nak Pakai Boleh Petik Saja!
Baca juga: ‘Aunty’ Cina Kongsi Petua Daun Kunyit Elak Dimakan Ulat, Wanita Ini Teruja Sebab Berkesan!
6. Pokok Asam Jawa

Gambar picturethisai.
Pokok asam jawa biasanya menjadi tempat tinggal pocong atau pontianak terutamanya pokok asam jawa yang telah matang dan umurnya sudah mencecah bertahun-tahun.
7. Pokok Saga

Gambar J Derham, Plants Direct.
Pokok saga yang telah tua memberi impak yang sangat menyeramkan kerana sangat besar, rendang dan tinggi.
Tidak dapat dipastikan hantu apa yang menghuni pokok saga tetapi pokok ini dipercayai menjadi tempat tinggal hantu.
8. Pokok Ciku

Pokok ciku adalah tempat tinggal pontianak dan genderuwo.
Sebaik-baiknya cuba elakkan dari melalui pokok ini jika sudah memasuki waktu Maghrib kerana biasanya pada masa itu, hantu penunggu pokok ciku sedang berkeliaran.
9. Pokok Kekabu

Pokok kekabu atau kapuk merupakan pokok yang menjadi tempat tinggal pontianak atau lebih dikenali sebagai kuntilanak.
10. Pohon Beringin

Gambar Chuk Shatu.
Pohon beringin adalah tempat tinggal genduruwo, terutamanya pohon beringin yang sudah tua dan berjanggut dengan akar-akarnya yang tergantung dari atas pokok.
Jika ada orang yang mematahkan akar beringin yang berjuntai itu dan kebetulan ada genderuwo yang tinggal di situ, makhluk ini akan marah dan akan membuatkan orang tersebut jatuh sakit.
Jika tidak diubati dengan segera oleh orang yang arif tentang makhluk halus, maka nyawa akan menjadi taruhannya.
11. Pokok Ara

Gambar wikipedia.
Sekilas pandang, pokok ara hampir serupa dengan pokok beringin dan merupakan tempat tinggal bagi segala macam jenis hantu.
Baca juga: Wanita Kongsi Tips Pokok Pudinanya Hidup Segar & Lama, Dah Masuk 3 Tahun!
Sekiranya di persekitaran tempat tinggal ada pokok-pokok yang dinyatakan di atas, elakkan berjalan di bawah pokok-pokok tersebut pada malam hari.
Jika terpaksa melaluinya, anda disarankan untuk membaca doa dan ayat-ayat pendinding diri agar terhindar dari sebarang gangguan makhluk-makhluk halus.
Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan kerana ini hanyalah kepercayaan orang dulu-dulu.
Dan artikel ini adalah untuk pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan seratus peratus. Semoga memberi manfaat.
Baca juga: Cara Jimat Buat Racun Serangga Organik Guna Bawang Putih, Ulat Pun Tak Berani Datang Dekat!
Sumber: Redzuan Yusof
