Euforia Bola 2026
Famili

Keriangan Bertukar Tragedi, Kanak-Kanak Perempuan Maut Terjatuh Dari Tingkat Enam PPR

ppr batu muda

Terbaharu, seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam rumahnya di Projek Perumahan Rakyat, PPR Batu Muda, Sentul, pada petang Isnin semalam.

Ternyata, berita sebegini mengejutkan ramai pihak yang secara tidak langsung menjadi risau apabila tinggal di kediaman bertingkat tinggi.

Baca lagi: “Arwah Anak Sulung Harapan Keluarga..”- Siswi UUM Maut Dihimpit Bas Kampus, Kecederaan Jantung

KANAK-KANAK USIA 12 TAHUN JATUH DARI PPR BATU MUDA, MAUT

ppr batu muda

Foto: Berita Harian

Menurut laporan Berita Harian yang menerima maklumat daripada penduduk setempat, sebelum insiden berlaku, mangsa yang berusia 12 tahun dilihat sedang bermain bersama adik-beradiknya di kawasan lapang berhampiran kediaman mereka.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri di bawah Blok C. Pegawai perubatan yang hadir kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Malah, tinjauan di lokasi turut mendapati tiada rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan insiden.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan kejadian ketika dihubungi.

“Kami menerima laporan berkenaan kes ini pada jam 2.24 petang. Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Semoga petunjuk bukti atau punca kepada kes ini dapat ditemui dengan cepat bagi mengelakkan kejadian bahaya sebegini berlaku lagi dalam kalangan kanak-kanak.

Baca lagi: “Spiderman Puchong!”- Aksi Lelaki Selamatkan Kanak-Kanak Hampir Jatuh Dari Tingkat 4 Dipuji Netizen

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×