Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Rahsia Pelukan Suami Bantu Isteri Turun Berat Badan, Cik Abang Kena Peluk Kerap Sikit – Pakar

turunkan berat badan

Menurut pandangan seorang doktor dikenali sebagai Dr. Ninifarina, pelukan bukan sekadar tanda kasih sayang, malah ia mampu memberi kesan positif terhadap kesihatan, khususnya dalam usaha nak turunkan berat badan. Kedengaran seperti gurauan manis, tapi hakikatnya, ada asas saintifik di sebalik pelukan suami terhadap seorang isteri.

Ya, inilah hakikatnya yang ramai dalam kalangan pasangan suami isteri tidak tahu dan sebenarnya perlu dilakukan selalu. Bagaimana pelukan ini mampu menurunkan berat badan isteri? Ini penjelasannya!

Baca lagi: Cara Nak ‘Detect’ Suami BERNAFSU Besar Atau Kecil, Suruh Cik Abang Tulis 3 Huruf Ini

ISTERI NAK TURUNKAN BERAT BADAN? MINTA SUAMI PELUK KERAP!

turunkan berat badan

Foto hiasan

Menurut perkongsian Dr. Ninifarina, bila isteri rasa tenang, disayangi dan kurang tekanan, hormon stres seperti kortisol akan turun. Bila hormon ini stabil, kawalan terhadap nafsu makan dan tabiat pemakanan juga jadi lebih mudah.

1. Pelukan kurangkan stres dan turun hormon kortisol

Bila isteri dipeluk dengan penuh kasih sayang, tubuh akan menghasilkan oksitosin (hormon “kasih sayang”). Oksitosin membantu merendahkan hormon kortisol (hormon stres).

Kortisol yang tinggi secara berterusan dikaitkan dengan:

– Peningkatan berat badan (terutama di bahagian perut).
– Nafsu makan yang tinggi, terutama untuk makanan manis & berlemak.
– Gangguan tidur dan metabolisma yang perlahan.

Bila kortisol stabil, lebih mudah untuk kawal selera makan dan jaga pola pemakanan.

2. Pelukan beri rasa selamat dan disayangi

Kajian psikologi mendapati bahawa emosi yang stabil memainkan peranan besar dalam kejayaan menurunkan berat badan.
Bila seseorang rasa tenang, disayangi, dan kurang tekanan:

– Dia lebih mudah berdisiplin dengan pemakanan.
– Kurang kecenderungan untuk makan secara emosi (“emotional eating”).
– Lebih cenderung untuk menjaga diri (termasuk bersenam dan tidur cukup).

3. Hubungan suami isteri yang baik bantu kesihatan keseluruhan

Bila suami beri sokongan secara emosi (termasuk dengan pelukan, kata-kata semangat, bantu urusan rumah), ini bantu isteri lebih fokus dan positif. Jadi, penurunan berat badan bukan usaha individu semata-mata tapi sokongan pasangan sangat penting.

*Tapi, diingatkan juga bahawa pelukan bukanlah cara ‘magic’ untuk berat badan turun tapi ia membantu isteri tenang, bahagia dan stabil secara emosi, yang seterusnya memudahkan proses penurunan berat badan. Suami ingatlah bahawa kadangkala, sokongan paling besar bukan datang dari kata-kata, tapi daripada pelukan yang penuh makna…

Baca juga: “Saiz Bukan Segalanya”- Ini 6 Jenis Zakar Lelaki Yang NORMAL & SIHAT Menurut Pakar, Boleh Check!

Sumber: IG @drninifarina

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×