Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Pelukan Suami Bukan Kosong, Ini Maksud Tersirat Disebalik 6 Cara Bila Cik Abang Memeluk Isteri

pelukan suami

Bagi seorang isteri, pelukan suami adalah satu bentuk bahasa cinta yang sangat kuat tanpa perlu banyak kata. Setiap jenis pelukan yang diberikan suami sebenarnya menyimpan makna tersendiri, bergantung pada suasana, emosi dan kehadiran rasa kasih sayang yang mendalam.

Bukan semua suami pandai luahkan cinta dengan kata-kata, tetapi melalui pelukan, mereka sering kali menyampaikan lebih daripada yang kita sangka.

Baca juga: Hantaran Kahwin Ini HARAM Dibagi, Jaga-Jaga Takut Tersalah Beli Untuk Pasangan Nanti…

SETIAP PELUKAN SUAMI ADA MAKSUD TERSENDIRI, BUKAN HANYA KOSONG

PELUKAN SUAMI

Freepik

Jom tengok 6 jenis pelukan suami dan apa yang sebenarnya tersirat di sebaliknya:

1. Peluk erat lama-lama

Pelukan begini biasanya berlaku ketika suami benar-benar ingin meluahkan perasaan sayang dan rindu yang mendalam. Ia bukan pelukan terburu-buru, tapi satu pelukan yang menenangkan. Waktu dipeluk lama begini, si isteri boleh rasa denyutan jantung suami, seolah-olah dua jiwa sedang bersatu.

2. Peluk dari belakang

Pelukan senyap dari belakang ketika isteri sedang masak, berdiri di hadapan cermin atau sibuk mengemas rumah sering kali berlaku secara spontan. Ini antara pelukan paling romantik dan ‘protective’, di mana suami mahu berada dekat dan memberikan sokongan tanpa mengganggu.

3. Pelukan suami – peluk sambil usap kepala

Apabila suami memeluk dan pada masa sama mengusap kepala isteri dengan lembut, itu adalah tanda kasih sayang yang sangat mendalam, penuh kelembutan dan empati.

PELUKAN SUAMI

Freepik

4. Pelukan kejap tapi kerap

Walaupun sekejap, pelukan yang kerap contohnya setiap kali nak keluar rumah, balik kerja atau sebelum tidur adalah tanda bahawa pelukan itu sudah menjadi kebiasaan dalam rutin harian mereka. Ia mungkin nampak kecil, tapi sangat bermakna untuk isteri rasa dihargai.

5. Maksud pelukan suami – peluk sambil cium dahi

Pelukan ini paling menyentuh hati. Bila suami memeluk dan mencium dahi, ia menggambarkan rasa hormat, penghargaan dan kasih sayang yang tulus. Dahi adalah simbol kehormatan, jadi bila dicium sambil dipeluk, ia jadi tanda cinta yang sangat dalam.

6. Peluk erat-erat ketika susah

Kadang-kadang hidup tak selalunya indah. Ada waktu kita diuji dengan masalah kewangan, kesihatan atau kehilangan. Pelukan suami yang sangat erat ketika waktu-waktu ini seolah-olah menjadi dinding perlindungan buat isteri.

Tidak semua lelaki pandai meluahkan isi hati dengan kata-kata tetapi bila mereka memeluk, itulah cara si suami berbicara dari hati ke hati.

Baca juga: “Suami Rimas Bila Saya Dekat” – Setahun Tak Pernah Bersama, Luahan Wanita Ini Buat Ramai Pelik!

Sumber: TikTok & Popbela

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×