Di sebalik kemajuan pemikiran dan keterbukaan masyarakat masa kini, stigma terhadap wanita janda masih belum lenyap sepenuhnya. Golongan ini sering menjadi mangsa persepsi negatif dan kecaman netizen seolah-olah status mereka mencerminkan kegagalan atau kekurangan diri.
Isu ini sekali lagi menjadi tumpuan apabila sebuah luahan tular di media sosial, mencerminkan betapa dalamnya luka emosi yang ditanggung oleh wanita yang hanya ingin menjalani kehidupan normal dengan bermaruah, tapi dikecam!
Baca juga: Nilai Mas Kahwin Mengikut Negeri, Rupanya Mas Kahwin Janda & Anak Dara Ada Sedikit Beza!
Stigma Terhadap Wanita Janda, Dianggap ‘Low Class’ & Tak Layak Jadi Menantu

Foto: Freepik
Golongan wanita berstatus janda sering kali berdepan pandangan serong dan diskriminasi dalam masyarakat, meskipun penceraian yang berlaku dalam perkahwinan terdahulu lazimnya berpunca daripada pelbagai faktor yang rumit dan peribadi.
Baru-baru ini, tular di media sosial satu luahan menyayat hati daripada seorang wanita yang berkongsi pengalaman pahit apabila dihina secara terbuka hanya kerana pernah berkahwin dua kali. Dalam perkongsian tersebut, wanita itu mendedahkan dirinya menerima kata-kata kesat yang mencalar maruahnya sebagai seorang wanita.
“Tahu tak apa hinaan paling hebat yang aku pernah dengar sepanjang bergelar janda? Ada yang cakap… ‘maaf, tak nak dia jadi menantu aku sebab badan dia dah ramai orang sentuh’,” tulis wanita berkenaan.
Menurutnya, kenyataan itu amat menyakitkan kerana merujuk kepada dua bekas suaminya yang sah.
“Saya pernah kahwin dua kali. Tapi bagi saya tiada istilah ‘ramai lelaki sentuh’ sebab mereka semua adalah suami yang halal buat saya. Saya tidak berzina,” tegasnya.
“WANITA BUJANG PUN TAK PASTI ADA DARA ATAU TAK”
Tambahnya lagi, wujud double standard dalam penilaian masyarakat terhadap wanita janda berbanding wanita bujang.
“Berapa ramai wanita bujang yang saya tak pasti masih dara atau tidak tapi badan sudah disentuh? Kenapa mereka tidak dilabel seperti saya? Mungkin sebab status janda ini terlalu hina di mata masyarakat,” ujarnya dengan nada kecewa.
Luahan itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya meluahkan kemarahan dan kekecewaan terhadap sikap sesetengah masyarakat yang masih memiliki mentaliti sempit.
“Pandang hina janda konon… yang belum kahwin pun entah berapa ramai dah hilang dara akibat zina,” netizen.
Malah, ada yang mengingatkan bahawa kecaman dan cercaan sedemikian boleh terkena pada ahli keluarga sendiri, khususnya anak-anak.
“Kadang-kadang makcik-makcik ni kena jaga mulut. Perkahwinan sekarang sangat rapuh. Benda ni boleh jadi dekat anak-anak sendiri juga nanti,” ujar seorang lagi netizen.
Apa yang lebih menyedihkan, menurut wanita tersebut, kata-kata menghina itu bukanlah datang daripada ibu kepada mana-mana lelaki yang dikenalinya, sebaliknya disampaikan oleh seorang wanita lain yang juga berstatus janda dan merupakan individu terdekat dengannya.
*Kisah ini sekali lagi membuka mata ramai terhadap betapa pentingnya masyarakat mengubah persepsi terhadap wanita bergelar janda. Bak kata orang, janda lagi ‘power’ tau!
Baca juga: Siapa Ummu Hani’ Yang Dikatakan Cinta Pertama Rasulullah SAW? Mufti Tolong Ceritakan…
Sumber: Mstar
