Umum mengetahui, pil perancang merupakan salah satu cara yang dipilih selepas melakukan hubungan intim bagi mengurangkan risiko kehamilan.
Namun sebenarnya ada beberapa cara lain yang boleh digunakan untuk membuat hubungan intim tanpa isteri kesayangan anda hamil.
Baca juga: Para Isteri, Jangan Buat 5 Tindakan Ini Dekat Suami, Allah Murka & Berdosa Besar!
CARA BUAT HUBUNGAN INTIM TANPA SI ISTERI HAMIL

Berikut adalah 7 cara untuk melakukan hubungan intim tanpa menyebabkan isteri hamil:
1. Menggunakan kondom
Kondom merupakan kaedah kontraseptif yang paling mudah dan popular. Ia berfungsi untuk menghalang sperma daripada memasuki faraj.
Jika digunakan dengan betul, keberkesanannya sangat tinggi (sekitar 98%). Selain mencegah kehamilan, kondom juga melindungi daripada jangkitan kelamin (STD).
2. Pilih waktu selamat (kaedah kalender)
Sebelum melakukan hubungan intim dengan isteri, anda perlu ambil tahu waktu subur dan elak melakukannya hubungan seks ketika itu.
Walaupun kaedah ini semula jadi, keberkesanannya lebih rendah berbanding kaedah moden kerana kitaran haid boleh berubah-ubah.
3. Hubungan intim tanpa hamil – guna pil perancang
Pil hormon ini diambil setiap hari oleh wanita dan berfungsi menghalang ovulasi. Terdapat pelbagai jenis seperti kombinasi estrogen dan progestin, atau hanya progestin. Ia sangat berkesan jika diambil secara konsisten.
4. Penggunaan alat dalam rahim (IUD)
IUD adalah alat kecil yang dimasukkan ke dalam rahim wanita dan keberkesanannya mencecah lebih 99%. Sesuai untuk pasangan yang ingin perancangan jangka panjang.
5. Hubungan intim – kaedah pancutan luar (kaedah withdrawal)
Suami perlu menarik zakar keluar dari faraj sebelum ejakulasi. Kaedah ini bergantung pada kawalan diri dan masa yang tepat, jadi risiko kegagalan agak tinggi berbanding kaedah lain.
6. Menggunakan spermisid
Spermisid adalah bahan kimia yang membunuh sperma. Ia boleh digunakan bersama kondom atau diafragma. Walau bagaimanapun, keberkesanannya tidak setinggi kaedah lain jika digunakan bersendirian.
Jadi, beberapa langkah di atas boleh dicuba untuk mengelakkan anda hamil. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Pusat Rawatan Kongsi ‘Rahsia’ Supaya Suami Tahan Lama, Guna 1 Barang Je Confirm Menjadi!
Sumber: idn times
