Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini diserikan lagi dengan teknik edit gambar raya kepada pelbagai bentuk kreatif seperti kartun, karikatur dan animasi hingga jadi satu trend yang semakin popular. Ramai yang melakukannya atas tujuan hiburan, kenangan atau sekadar suka-suka namun, di sebalik keseronokan ini, timbul persoalan penting—apakah hukumnya dalam Islam?
Adakah perbuatan ini dibenarkan atau termasuk dalam perkara yang dilarang oleh syarak? Bagi menjawab persoalan ini, pendakwah bebas yang terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tampil memberikan penjelasan yang seimbang dan berlandaskan syariah.
Baca juga: Cara Buat Gambar ‘Ghibli Style’ Yang Jadi Trend, Rupanya Buat Macam Ni Baru Tak ‘Lari’ Wajah!
EDIT GAMBAR RAYA JADI KARTUN & ANIMASI, TAK BOLEH KE?

Foto hiasan.
Hal ini kerana, tular di laman media sosial mengatakan ada kenyataan ustaz dari luar negara mengatakan perbuatan tersebut adalah haram. Oleh itu, menurut Ustaz Azhar Idrus, hukum menyunting gambar kepada bentuk kartun adalah bergantung kepada niat dan hasil akhirnya.
“Apa hukum mengubah gambar manusia menjadi kartun? Ada ustaz dari luar negara kata hukumnya haram, betul ke?”
Beliau menyatakan pendapat di atas ada benarnya namun selagi suntingan tidak mengurangkan darjat kebesaran Allah SWT dan tidak menjatuhkan maruah seseorang maka hukumnya adalah harus.
“Ada betulnya juga cuma pandangan saya andai kata perkara itu tidak mengurangkan darjah kebesaran-Nya, tidak menjatuhkan maruah orang bahkan menyukakan manusia kepada akhirat, hukumnya adalah harus,” kata UAI.
Bagaimanapun, jika gambar itu diubah sehingga menghina orang lain dan menjadikan mereka bahan gurauan atau ejekan, maka ia boleh jatuh kepada haram.
“Tetapi jika menghina orang lain, menurunkan martabat orang yang sepatutnya kita muliakan hukumnya dilarang menurut syarak.
“Bahkan bukan sahaja watak ulama, gambar-gambar anak beranak kalau kita buat ke arah menghina, haram. Kalau kita buat jadi mulia, tak berani nak kata haram,” jelasnya.

Foto hiasan.
*Kesimpulannya, niat kena betul dan kalau hasil gambar kartun itu tidak sopan atau tidak elok maka tidak perlu dikongsikan gambar tersebut kepada khalayak ramai.
@ceramah.ustaz33 Apakah hukum mengubah gambar manusia menjadi kartun.Ada ustaz dari luar negara mengatakan haram.. dengar pencerahan dari semoga bermanfaat 🙌 #ustazazharidrus #uaioriginal #pandanganulama #halalharam #editgambar #teknologi #ai #semogabermanfaat #ceramah #trendzamansekarang #trendingviral #mediasosial #foryoupage #fypage #fyppp ♬ Islam – Lafina
Baca lagi: Cara Tukar Gambar Raya ‘Toy AI’ Ala Patung Barbie Yang Viral, Buat Macam Ini Confirm Jadi!
Sumber: Tiktok @ceramah.ustaz33
