Kes samun di kawasan rumah semakin membimbangkan kerana ia bukan sahaja menyebabkan kerugian harta benda, tetapi boleh mengancam nyawa.
Terbaharu, tular di media sosial mengenai taktik licik yang digunakan oleh penyamun untuk memperdaya mangsa di mana bekalan elektrik sengaja dimatikan agar pemilik rumah keluar untuk memeriksa masalah tersebut.
Baca juga: Jangan Ziarah Orang Pada Tiga Waktu Yang Dilarang Ini, Tuan Rumah Boleh Rasa Terganggu!
KES SAMUN RUMAH GUNA TAKTIK BARU, KENA ALERT

Apabila tuan rumah keluar untuk memeriksa, penyamun mula bertindak kejam, menyerang mangsa dengan senjata tajam sebelum merompak harta benda mereka.
Menerusi perkongsian di Facebook milik Khairul Ezuwan, dia menjelaskan bahawa penyamun ini sama seperti scammer juga, mereka sentiasa kreatif menjalankan modus operandi mereka.
Memang biasanya kalau waktu malam kalau elektrik mati, lita akan keluar rumah untuk meninjau-ninjau rumah jiran-jiran yang lain nak pastikan samaada hanya rumah kita sahaja yang terputus elektrik atau semua jiran-jiran pon kena sekali.
Modus operandi penyamun kali ini, mereka masuk dari pagar, kemudian mereka cabut main fuse dekat box meter elektrik tu. Bila penghuni rumah buka pintu untuk meninjau keluar, penyamun ini akan menghunus parang dan masuk ke dalam rumah.
Mereka ini bukan pencuri yang masuk senyap-senyap tetapi penyamun bersenjata yang merompak waktu orang berjaga. Kesimpulannya, kalau elektrik rumah kita terputus terutamanya rumah kita sahaja, jangan melulu keluar dari rumah, tinjau dahulu keluar melalui pintu cermin atau tingkap, pastikan benar-benar selamat baru keluar.
Kejadian ini berlaku di Puncak Alam 2 hari lepas tetapi rompakan ini gagal sebab tuan rumah sempat meninjau keluar melalui cermin dan nampak kelibat penyamun sedang mencangkung dengan berparang menunggu di hadapan pintu yang hampir-hampir mahu dibuka oleh isterinya.
Baca juga: Gurauan Yang Tidak Patut Berlaku Dalam Rumah Tangga, Kecil Hati Pasangan Bila Dengar
Sumber: Facebook Khairul Ezuwan
