Satu lagi insiden yang mengejutkan orang ramai apabila tular rakaman video berdurasi satu minit 32 saat memaparkan sekumpulan pelajar lelaki MRSM Nibong Tebal, Pulau Pinang menghempap kepala dan badan seorang pelajar lain.
Kejadian itu berlaku apabila mangsa berada dalam keadaan tertiarap di atas katil, selain turut dilihat disebat dengan tali pinggang pada bahagian punggung!
Baca juga: Nak Masuk MRSM, SBP & Sekolah Kluster Kena ‘Reject’ Sebab T20? Kena Tahu Beza 3 Sekolah Ini
PELAJAR MRSM NIBONG TEBAL BULI RAKAN, KATANYA BERGURAU?

Tangkap layar video tular.
Terbaharu menerusi laporan Berita Harian, siasatan awal polis mendapati insiden buli membabitkan sekumpulan pelajar MRSM itu berlaku pertengahan awal tahun lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Deputi Superintendan Mohd Norazmi Abd Ghapar berkata pihaknya juga sudah mengenalpasti pelajar yang terbabit selain punca kejadian.
Katanya, insiden membabitkan tujuh pelajar termasuk mangsa berusia 15 tahun itu dikatakan hanya bergurau dan ejek-mengejek sesama sendiri.
“Setakat ini tiada laporan diterima berhubung insiden ini, namun polis menjalankan siasatan awal dan telah mengenalpasti pelajar terlibat yang mana mereka adalah pelajar Tingkatan Tiga di institusi berkenaan,” katanya.
Berdasarkan video tersebut, terlihat salah seorang dari mereka bertindak menghempap pelajar berbaju merah di atas katil selain menghenjut tubuhnya secara berulang kali. Manakala seorang lagi sempat menghayun tali pinggang beberapa kali di bahagian punggung sebelum adegan berkenaan disambung dengan ‘bersentuhan’ tidak senonoh dari arah belakang.
DIGANTUNG SEKOLAH!

Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki selaku Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) memberitahu bahawa mereka mengambil tindakan dengan menggantung pelajar yang terlibat dalam video kes seorang pelajar dibuli rakan-rakannya yang tular pada Isnin.
“Saya minta untuk laporan daripada siasatan ini dikemukakan kepada pihak Mara pusat untuk diambil tindakan sewajarnya.
“Ya, sebab kita tidak mahu mengganggu sebarang siasatan lepas pada itu, kalau benar-benar berlaku kita tidak akan kompromi sehingga ke peringkat menyingkirkan mereka daripada maktab,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya amat tegas dalam isu buli dan sudah beberapa kali mengingatkan warga MRSM tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk budaya buli dalam apa juga bentuk sama ada fizikal mahupun mental.
“Ia tidak harus berlaku di dalam sebuah maktab seperti MRSM yang matlamatnya untuk melahirkan generasi pemimpin masa depan yang bersahsiah tinggi, adab budi pekerti yang luhur dan bukan hanya cemerlang dari segi akademik.
“Tidak guna cemerlang akademik tetapi adab dan akhlaknya tidak menggambarkan keperibadian yang sebenar, sebab itulah dalam hal ini saya sering mengatakan kamu sentuh kamu pergi (you touch you go),” katanya.
*Semoga kes sebegini tidak berulang lagi dalam kalangan pelajar yang dikatakan ‘bijak’…
Baca juga: Padah Kena Tolak Rakan Sekelas, Murid Tahun 1 Masuk Hospital Akibat Pendarahan Beku Di Zakar!
Sumber: Berita Harian, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, IG @capricedaddycap
