Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Farah Lee Kongsi Seluruh Keluarga Bekas Suami Datang Beraya Di Rumah, “Siapa Cakap Cerai Kena Gaduh?”

farah lee

“Siapa cakap cerai kena gaduh?”, itulah antara luahan yang dikongsikan Hajjah FL atau lebih mesra dikenali sebagai Farah Lee melalui sebuah hantaran di laman Instagram miliknya, berkenaan perihal raya.

Apa yang menarik perhatian warga maya, hantaran itu menunjukkan keluarga bekas suami Farah Lee datang beraya ke rumahnya di Terengganu.

Baca juga: 5 Posisi Hubungan Intim Yang HARAM Dalam Islam, Niat Romantis Tapi Sebenarnya Salah!

KELUARGA BEKAS SUAMI FARAH LEE DATANG BERAYA

Fuad Hashim farah lee

Farah Lee bersama suaminya Mohammad Fuad Hashim.

Jom ikuti dengan lebih lanjut, mungkin kisah ini boleh memberi makna baharu kepada pembaca Sirap Limau semua.

Farah membuka kisahnya di kapsyen sambil berseloroh, “Kepada yang masih single raya tahun ni, saya tumpang lalu ya… hiks!”

Baca juga: Kerap Amalkan Air Zamzam, Penantian 20 Tahun Suami Isteri Berakhir Selamat Timang Zuriat Sulung!

farah lee

Instagram Farah Lee

Melalui perkongsian tersebut, ia merupakan situasi luar biasa yang tidak ramai orang alaminya. Bukan seorang, tetapi seluruh keluarga bekas suami datang beraya ke rumahnya.

“Highlight of this year raya was velocity trend pahceroh. and the whole family ex husband datang beraya dekat Terengganu.

“Siapa cakap cerai kena gaduh? Yang ada masalah tu aku dengan dia je. Anak-anak, famili dan saudara semua tak perlu nak libatkan.

“Sedih? Memang sedih. Marah? Pernah juga. Tapi lama-lama aku fikir… apa je yang betul-betul hak aku dalam dunia ni? Tak ada satu pun.

“Akhirnya, tiada apa yang benar-benar milik kamu pun, semua adalah hak ALLAH,” kongsi Farah Lee.

Walaupun status dirinya kini berbeza, pemilik nama sebenar, Nurfarahin Romli itu memilih untuk menjadikan perpisahan itu sebagai titik mula untuk jadi lebih kuat dan bijak.

Baca juga: Kak Ipar Buat Tuduhan & Canang Sekampung Diri Mandul, Ini Cara Saman Bagi Diam Mulut!

farah lee

Maream Esaabel ditengah diapit Farah Lee dan Fuad Hashim.

Terdahulu, Farah Lee pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara televisyen, Ally Iskandar pada Januari 2012 dan berpisah pada Ogos 2016. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Maream Esaabel yang kini berusia 10 tahun.

Kini, Farah Lee kembali bergelar isteri kepada jurulatih menunggang kuda, Mohammad Fuad Hashim pada Januari 2024.

Baca juga: Nak Rujuk Dalam Tempoh Iddah, Boleh Ke Berlaku Dengan Hanya Syahwat? Ini Kata Mufti!

Sumber: Instagram Farah Lee

FT Image: Instagram Farah Lee

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×