Sejak kebelakangan ini, kes buli di sekolah semakin menjadi isu yang membimbangkan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan kecederaan fizikal dan kesan buli memberikan trauma emosi kepada mangsa.
Baru-baru ini, satu lagi kes melibatkan seorang murid Tahun 1, Nadeem Rizqi, telah mengundang perhatian ramai apabila dia menjadi mangsa buli di sekolah hingga menyebabkan kecederaan serius di bahagian alat sulit!
Baca juga: “Siti Gemuk, Siti Hitam!”- Murid Tahun 1 Dibuli & Dapat Lukisan Tak Senonoh, Tak Mahu Pergi Sekolah!
KESAN BULI & DITOLAK RAKAN SEKELAS, BAHAGIAN ZAKAR ALAMI PENDARAHAN BEKU!

Insiden yang baru dikongsikan oleh ibunya sendiri di laman Facebook milik Ayu Wd ini berlaku pada 6 Mac 2025 ketika waktu rehat. Nadeem yang sedang berjalan kembali ke kelas selepas makan di kantin telah ditolak dari arah belakang oleh seorang rakan sekelas dari kelas sebelah. Tolakan tersebut menyebabkan dia jatuh dengan kuat dalam keadaan tersembam.
Malangnya, kecederaan yang dialaminya bukan sekadar lebam biasa kerana ada kesan hentakan yang kuat menyebabkan zakarnya berdarah. Lebih membimbangkan, Nadeem tidak segera memaklumkan kejadian ini kepada mana-mana guru. Dia hanya menceritakan perkara tersebut kepada ibunya ketika dijemput pulang dari sekolah setelah didesak.
Terkejut dengan pendedahan itu, ibu Nadeem segera membawa anaknya ke hospital bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Akibat kecederaan yang dialami, Nadeem terpaksa ditahan di wad selama lapan hari untuk rawatan.
“Saya sangat terkejut. Terus saya bawak anak dapatkan pemeriksaan lanjut. Saya serahkan kes ini kepada pihak polis dan mana mana pihak yang berkenaan untuk settle kan kes ini,” ujar ibu tersebut.
Susulan kejadian ini, ibu bapa Nadeem telah mengambil langkah sewajarnya dengan membuat laporan polis agar kes ini dapat disiasat dengan lebih lanjut.
PELAKU DAH MENGAKU DEKAT CIKGU, NETIZEN MINTA DIBERIKAN TINDAKAN WAJAR

Malah, murid yang menolak Nadeem telah mengaku perbuatannya kepada guru, dan kini pihak berkuasa serta pihak sekolah sedang menjalankan siasatan untuk menyelesaikan kes ini.
“Pembuli tetap pi sekolah macam biasa. Sambung buat perangai buat kawan kawan lain pulak. Anak aku? Hadap sakit hadap trauma. Bulan bulan puasa menguji sungguh dengan perangai manusia yang tiada empati ni. Benda ni melibatkan masa depan anak aku tau, kesuburun dia nanti macam mana? Keturunan keturunan dia? Siapa pun taktau hal kedepan macam mana nanti!” luah ibu ini.
Namun, kesan kejadian ini bukan hanya pada fizikal Nadeem tetapi juga emosi dan mentalnya. Akibat trauma yang dialami, ibu bapanya membuat keputusan untuk menukarkan sekolahnya demi mendapatkan persekitaran yang lebih selamat dan positif bagi pemulihannya.
Bukan itu sahaja, setelah 8 hari berada dalam wad hospital, Nadeem juga dirujukkan kepada Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star kerana alami trauma seumur hidup!
Kejadian ini menjadi peringatan bahawa buli bukan perkara remeh dan perlu ditangani dengan serius. Tiada kanak-kanak yang patut melalui pengalaman sebegini, dan keadilan harus ditegakkan agar kejadian yang sama tidak berulang kepada mangsa lain.
@nadeem.nayla♬ Sampai Akhir (feat. DuMa) – Judika
Semoga Nadeem Rizqi diberikan kekuatan untuk pulih daripada trauma yang dialaminya, dan semoga kejadian ini membuka mata semua pihak mengenai bahaya buli di sekolah serta selesai secepat mungkin.
Baca lagi: 6 Kaedah Buli Ini Paling Popular Berlaku Di Sekolah Asrama, Yang Akhir Sekali Paling Kejam!
Sumber: Tiktok @nadeemnayla, Ayu Wd
