Euforia Bola 2026
Famili

“Tak Nampak Kekok & Tak Fake”- Anzalna Nasir Santuni Anak OKU Pekak Bisu Buat Netizen Mengalir Air Mata

anzalna nasir

Dalam kesibukan dan kemeriahan menjelang perayaan, masih ada insan yang kurang bernasib baik dan memerlukan perhatian. Namun, kehadiran individu berhati mulia seperti selebriti popular Anzalna Nasir yang sering menunjukkan sikap prihatin boleh membawa sinar.

Keperibadiannya yang rendah diri serta keinginannya untuk berkongsi rezeki menjadikan beliau contoh teladan kepada masyarakat. Baru-baru ini, Anzalna sekali lagi menyentuh hati ramai apabila bertemu dengan sekumpulan kanak-kanak istimewa dan menghadiahkan mereka pakaian raya, mencerminkan kasih sayang serta kepeduliannya terhadap mereka yang kurang bernasib baik.

Baca juga: Cucu Hidap Kanser Tahap 4, Datuk Dengan Rasa Sayu Mohon Sumbangan Untuk Tampung Rawatan

ANZALNA NASIR GUNA BAHASA ISYARAT, PELUK ANAK-ANAK OKU BUAT NETIZEN SEBAK

anzalna nasir

Melalui perkongsian Anzalna Nasir, di akaun Tiktok miliknya, terpancar kasih sayang seorang ibu apabila bertemu dengan anak-anak yang memerlukan.

“Semasa sesi meet and greet di Jakel, Anzalna bertemu dengan sekumpulan anak-anak yang pada mulanya disangka anak yatim tetapi rupa-rupanya mereka adalah orang kurang upaya pekak dan bisu.

“Allahuakbar, tersentuh hati. Paling seronok bila melihat semua anak-anak gembira kerana mendapat baju raya,” ujar Anzalna dalam hantarannya semalam.

Dalam situasi itu, ibu cantik kepada dua orang anak tersebut kelihatan teruja bertemu dengan mereka dan berbual mesra dengan menggunakan bahasa isyarat dengan mengeja ‘ANZALNA’ kepada kanak-kanak tersebut. Namun, apa yang mengundang air mata para netizen adalah apabila beliau memberikan pelukan manja kepada anak-anak tersebut tanpa rasa kekok.

Untuk pengetahuan ramai, Anzalna memang terkenal dengan keprihatinannya terhadap golongan yang memerlukan. Malah pada tahun 2021 dan 2023, isteri kepada Hanif Zaki ini menyambut ulang tahun kelahiran Mohamad Eidress dan Emirhan di rumah anak-anak yatim.

Bukan itu sahaja, beliau juga pernah menjual pakaian terpakai anak-anaknya dengan harga yang murah dengan niat untuk berkongsi rezeki, di mana hasil jualan itu disalurkan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Sikap rendah diri yang dimilikinya membuatkan netizen berasa bangga dengan keperibadiannya.

*Walaupun berasal daripada keluarga yang senang, namun Anzalna sekeluarga tidak kekok untuk melayan anak-anak yatim dan golongan yang kurang bernasib baik. Memang terbaik Anzalna dan terima kasih!

@anzalnanasir Semasa sesi meet and greet di @JAKEL® , Anzalna bertemu dengan sekumpulan anak-anak yang pada mulanya disangka anak yatim, tetapi rupanya mereka adalah OKU pekak dan bisu. Allahuakbar, tersentuh hati. Paling seronok bila tengok semua anak-anak gembira sebab dapat baju raya! 😍@Hanif Zaki ♬ Setitis Cahaya Di Aidilfitri – Aishah

Baca juga: Anak Yatim Usia 7 Tahun Didakwa Kena Lempang Oleh Bapa Budak Lain Sampai Kepala Terhantuk Dinding!

Sumber: Tiktok @anzalnanasir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×