Euforia Bola 2026
Famili

Rider Terkejut Jumpa Flat Bersih TIADA Sampah “Ini Dah Melanggar Hukum Flat!”

persekitaran flat

Baru-baru ini, seorang penghantar makanan berkongsi keterujaannya apabila menemui persekitaran flat yang bersih buat pertama kalinya sepanjang dia bertugas menghantar makanan di rumah pelanggannya.

Hal ini kerana, kebanyakan orang mempunyai perspektif negatif terhadap persekitaran flat seperti laluan koridor yang mempunyai banyak barang dan puntung rokok yang bersepah di tangga.

Baca juga: Gadis Kelantan Belajar Fesyen Di Jepun, Titikkan Nilai Agama “Tiada Halangan Berfesyen Ikut Syariah”

RIDER TERKEJUT JUMPA PERSEKITARAN FLAT YANG BERSIH

persekitaran flat

Menerusi TikTok @ninjacollectible, kelihatan lelaki tersebut sedang beransur daripada rumah pelanggan sambil berkongsi pendapatnya tentang kebersihan flat yang dikunjunginya itu.

Di mana, dia memuji akan keadaan laluan koridor yang bersih dan tanpa ada barang-barang yang disimpan di luar rumah serta menekankan tentang sistem saliran yang bagus.

Selain itu, kelihatan juga tangga di flat berkenaan juga bersih tanpa sampah dan puntung rokok.

“Flat terbersih yang pernah aku masuk selama hantar makanan. Susah nak nampak flat bersih-bersih macam ini, ini maknanya JMB diorang buat kerja. Nampak mana ada sampah,” katanya lagi.

Bukan itu sahaja, saluran longkang di kawasan flat itu juga bersih dan tiada kewujudan bau hancing serta isu warga asing yang pengotor sewaktu berada di situ.

Lantas dia menyimpulkan, hasil persekitaran sebegitu boleh terjadi dengan adanya kerjasama antara Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan sikap masyarakat sendiri yang sangat menitik beratkan kebersihan sejagat.

Baca juga: Pengalaman Ibu Sambut Puasa & Raya Bersama 2 Anak Istimewa, 14 Tahun Merantau Di Norway!

Warga maya ikut teruja dan senang hati melihatnya!

Menjengah di ruangan komen, pendedahan tersebut telah meraih perhatian warga maya yang rata-ratanya ikut teruja sama dan memuji akan sikap masyarakat setempat yang sangat prihatin dengan kebersihan.

“Mesti yang duduk sana orang-orang pemikiran T20, tahniah penduduk situ. Biar susah tapi beriman, kebersihankan separuh dari iman.

“Bagusnya! Ini patut jadi standard rumah dekat mana-mana sekalipun, kan best duduk bersih, selesa, tak busuk.

“Uishhh melawan hukum flat ni!

“Penduduk dan JMB terbaik, memang pembersih orang sini. 5 bintang!” antara komen-komen yang ditinggalkan warga maya di hantaran video yang telah mencapai 711 ribu jumlah tontonan.

Malah, ramai juga meminta orang ramai untuk mencontohi penduduk flat itu demi meraih hasil yang sama, di samping mengubah perspektif terhadap penduduk flat selama ini.

@ninjacollectible

Tiada renovation yang menganggu masyarakat

♬ original sound – NINJA COLLECTIBLE – NINJA COLLECTIBLE

Baca juga: Hasil Sentuhan Tangan Produk Penghuni Penjara Laris Teruk, Orang Awam Boleh Masuk Membeli!

Sumber: TikTok @ninjacollectible

FT Image: TikTok @ninjacollectible

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×