Tidak lama lagi, bulan Ramadan akan pergi meninggalkan kita dan bakal digantikan dengan ketibaan bulan Syawal untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri. Selain dari menyediakan menu utama seperti ketupat dan rendang, jangan dilupakan juga menu pemanis mulut terutamanya untuk kanak-kanak seperti jelly buah.
Seperti resepi jelly buah yang dikongsikan ini, tengok dari segi rupanya yang segar pun sudah tahu bahawa rasanya memang sedap dan sejuk di tekak. Jadi, marilah kita cuba!
Baca juga: Roti Nak Expired Jangan Buang, Boleh Buat Puding Roti Marble Yang Sangat Sedap & Padu!
RESEPI JELLY BUAH, BOLEH JADI PEMANIS MULUT SEMASA HARI RAYA

Bahan-bahan:
– 10gm serbuk agar-agar (clear)
– 200gm gula pasir halus (resepi asal 250gm)
– Air 1 liter
– Buah strawberi (potong dadu)
– Buah kiwi (potong dadu)
– Buah manga (potong dadu)
Cara-cara:
1. Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar dan kacau bagi larut.
2. Masak sampai mendidih kemudian tutup api.
3. Tuang dalam acuan macam acuan kuih lompang yang dah berisi buah dipotong dadu tadi.
4. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam, baru keluarkan dari acuan. Siap!

Kalau sudah rasa tidak sabar untuk mencuba, boleh juga jadikan sebagai menu pencuci mulut untuk berbuka puasa sementara kita masih berada dalam bulan Ramadan. Mungkin ada dalam kalangan anda yang ingin tambah susu dalam resepi asal pun sangat dialu-alukan!
*Selamat mencuba!
Baca juga: Resepi 5 Jenis Nasi Yang WAJIB Kena Tahu & Masak Di Rumah, Mesti Licin Pinggan!
Sumber: Miz’s Shaliza
