Euforia Bola 2026
Dapur

Resepi Jelly Buah Comel Guna Acuan Lompang, Makan Sejuk-Sejuk Lagi Puas Hati!

JELLY BUAH

Jelly buah merupakan salah satu hidangan mudah yang boleh disediakan bila-bila masa sahaja. Gabungan tekstur jeli dan rasa manis buah-buahan pastinya pilihan terbaik untuk dijamukan kepada insan tersayang.

Sekiranya anda ingin mencuba membuat sendiri jelly buah di rumah, boleh ikuti resepi perkongsian oleh Miz’s Shaliza di bawah ini. Mudah dan cepat!

Baca juga: Resepi Daging Goreng ‘Berlengas’, Bertambah Nasi Bila Makan Lauk Spesial Ini

RESEPI JELLY BUAH COMEL, SEJUK TEKAK BILA MAKAN

JELLY BUAH

Bila cuaca panas, dapat makan jelly buah barulah sejuk tekak. Boleh letak semua buah yang anda suka. Jom cuba!

Bahan-bahan jelly buah:

Cara-cara penyediaan jelly buah:

1. Potong dadu buah strawberi, kiwi dan mangga. Ketepikan.

2. Kemudian, masukkan air, gula dan serbuk agar-agar. Kacau sehingga larut.

3. Setelah larut, biarkan sehingga mendidih dan tutup api.

4. Tuang campuran ke dalam adunan yang sudah diisi buah. Anda boleh gunakan acuan kuih lompang.

5. Simpan dalam peti sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan tersebut.

Siap dan sedia untuk dihidangkan. Jelly buah ini sesuai dinikmati bila-bila masa sahaja selain dijadikan menu untuk berpiknik bersama keluarga.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Puding Susu Gula Melaka Lembut ‘Menggedik’, Makan Sejuk-Sejuk Memang Sedap!

Sumber: Facebook Miz’s Shaliza

Beli bahan-bahan murah di Shopee ataupun Lazada.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×