Euforia Bola 2026
Famili

Tangan Murid Cedera Akibat Tertusuk Besi Karat Tangga Sekolah, JPN Diminta Buat Siasatan Lanjut

tertusuk besi

Tangan seorang murid perempuan di sebuah sekolah rendah dekat Hulu Kinta Ipoh cedera apabila tertusuk besi pemegang tangga berkarat.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak diminta untuk melakukan siasatan penuh berkenaan kejadian tersebut dan perlu diberi perhatian serius.

Baca juga: Menteri Komunikasi Minta Cikgu Jangan Jadikan Anak Murid Sebagai Konten Di Media Sosial

TANGAN MURID CEDERA AKIBAT TERTUSUK BESI TANGGA KARAT SEKOLAH

TERTUSUK BESI

Menurut Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah, selain siasatan, tindakan proaktif juga akan diambil segera bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

“Mewakili kerajaan negeri, saya menzahirkan simpati atas kejadian yang berlaku. Buat masa ini, saya belum terima apa-apa laporan, hanya mendapat maklumat melalui video tular di TikTok.

“Apa pun saya sudah minta JPN sediakan laporan lengkap kes itu. Jika perlu lakukan kerja-kerja naik taraf berkaitan keadaan tangga itu, maka kita akan lakukan segera demi keselamatan pelajar di situ,” jelasnya.

Khairudin turut menjelaskan keselamatan pelajar dalam kawasan sekolah adalah keutamaan mereka dan pihak pengurusan mesti melaporkan sekiranya berlaku sebarang kerosakan yang mengundang bahaya.

Dalam sesetengah kes, pihak sekolah cuba menyembunyikan isu atas faktor tertentu. Namun, sebenarnya mereka perlu melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang termaktub dalam pekeliling kementerian.

“Saya mengharapkan pihak sekolah ambil sikap tanggungjawab, kena mengambil berat tentang apa saja yang berlaku. Keadaan fizikal sekolah perlu diberi perhatian khusus kerana jika menjejaskan keselamatan murid, kita tidak akan berkompromi.” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial hantaran seorang wanita memaklumkan bahawa anaknya mengalami kecederaan di tangan akibat tertusuk besi tangga yang dipercaya berlaku pada Khamis lalu.

Anaknya terpaksa mendapatkan rawatan di hospital swasta dengan kos hampir RM10,000 selepas tidak dapat menerima rawatan segera di hospital kerajaan.

Baca juga: Senarai Penuh Mesin ATM CIMB Boleh Tukar Duit Raya, Bermula 17 Hingga 31 Mac 2025

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×