Euforia Bola 2026
Famili

Kanak-Kanak 6 Tahun Alami Detik Cemas! Mata Kanan Cedera Akibat Tertusuk Besi Kusyen Kereta

tertusuk besi

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun menanggung kesakitan apabila mata kanannya tertusuk besi daripada kusyen kereta ketika dalam perjalanan ke kelas agama bersama ibunya di Baling, hari ini.

Insiden tersebut dipercayai berlaku ketika mangsa menaiki kereta dipandu ibunya dari rumah mereka di Sungai Kembal, Kuala Ketil menuju ke Pekan Baling.

Baca juga: Kapal ‘Cruise’ Dikaitkan Penularan Wabak Hantavirus, Kenali Simptom & Bahaya Virus Bawaan Tikus Ini!

MATA BUDAK 6 TAHUN TERTUSUK BESI KUSYEN KERETA

TERTUSUK BESI

Ketika kejadian, kanak-kanak itu difahamkan berada di tempat duduk belakang kenderaan berkenaan.

Susulan kejadian itu, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Baling menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3 petang sebelum anggota dikerahkan ke Klinik Kesihatan Parit Panjang bagi membantu mengeluarkan besi yang tertusuk pada mata mangsa.

Ketua balai, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, anggota bomba menggunakan alat pemotong kecil bagi memotong besi tersebut secara berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan lebih serius serta risiko pendarahan.

“Anggota membantu memotong besi menggunakan ‘mini cutter’ dengan kerja itu dilakukan berhati-hati bagi mengelak kecederaan lain serta pendarahan pada mata belah kanan.

TERTUSUK BESI

“Anggota bomba menebuk kusyen untuk mengeluarkan span bagi memudahkan besi dipotong. Besi yang menusuk mata kanak-kanak itu akhirnya berjaya dipotong dalam 15 minit dan mangsa diserahkan kepada kakitangan klinik untuk tindakan lanjut.” jelasnya.

Menurutnya, anggota turut menebuk bahagian kusyen dan mengeluarkan span bagi memudahkan proses memotong besi dilakukan.

Katanya lagi, operasi mengeluarkan besi itu berjaya diselesaikan dalam tempoh kira-kira 15 minit sebelum mangsa diserahkan kepada petugas kesihatan untuk rawatan lanjut dan kemudian dirujuk ke Hospital Baling.

Baca juga: “Doakan Semua Dipermudah…” Lisa Surihani Berangkat Tunaikan Haji, Mohon Maaf & Titip Doa Buat Keluarga

Sumber: Berita Harian & Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×