Euforia Bola 2026
Asuh

Bilal 3 Tahun Lancar Mengaji, Ramai Terbuai Dengar Alunan Ayat Al-Quran Anak Sulung Neelofa!

bayi bilal

Terbuai dengan alunan ayat suci al-Quran bacaan bayi Bilal, sekali lagi anak sulung selebriti dan usahawan Neelofa yang sudah menginjak usia tiga tahun itu berjaya menarik perhatian ramai.

Sekali gus, membuatkan ramai tersentuh serta kagum dengan didikan agama yang diterima Bilal atau nama sebenarnya, Muhammad Bilal Muhammad Haris sejak dari kecil dari Neelofa dan suaminya Haris Ismail.

Baca juga: Ketahui 11 Tanda Anak Kinestetik Jenis Buat Ibu Mengucap Panjang, Rupanya Ciri Orang Berjaya!

BAYI BILAL 3 TAHUN LANCAR NGAJI

bayi bilal

Gambar: Neeofa dan Haris bersama dua anak bujang mereka.

Melihat kepada sebuah rakaman yang tular, momen itu berlaku secara spontan ketika pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, 36, menjelaskan tentang al-Quran bersaiz besar yang diterimanya daripada rakan artis, Betty Rahmad.

Namun, perhatian warga maya beralih kepada Bilal yang sedang bersungguh-sungguh dan lancar membaca surah al-Fatihah.

Biarpun wajah Bilal tidak kelihatan, bacaannya mencuri hati sesiapa sahaja yang mendengar.

Baca juga: Anak Dara Aziz M Osman, Ara 14 Tahun Bakal Masuk Universiti Bidang Psikologi Tahun Depan!

Baca juga: Ibu Berdepan Detik Cemas & Ngeri Anak Kena SAWAN TARIK, Ini Tindakan Segera Perlu Diambil!

Reaksi warga maya yang terbuai dengan bacaan Bilal

Di media sosial, ramai memuji usaha Neelofa dan suaminya, Haris Ismail, dalam membesarkan anak mereka dengan pendidikan Islam yang kukuh.

“Sebutan (makhraj) Bilal macam umurnya sudah sembilan atau 10 tahun. Bagus mak ayah didik dari kecil.

“Abang Bilal bagusnya, Alhamdulillah anak soleh.

“Saya tidak fokus apa Bilal cakap, saya fokus dan dengar apa yang dia sebut sampai letak telefon di telinga,” antara komen yang ditinggalkan oleh warga maya.

Selain Muhammad Bilal, perkahwinan pasangan popular yang mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 itu turut dikurniakan seorang lagi putera iaitu Abdullah Abbas, 2.

@seorangnur

MasyaAllah Muhammad Bilal 😍👦🏻 Sayang budak tecik ni ❤️ #neelofa #harisismail #bilal

♬ Qalbi Fil Madinah – Maher Zain & Harris J

Baca juga: Saintis Temukan Perbuatan Cium Anak Beri Impak Besar, Patutlah Suka Melekat Dengan Papa Mama!

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Instagram @neelofa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×