Euforia Bola 2026
Asuh

“Pandainya Cakap Arab”- Akhirnya Tanpa Sticker, Neelofa Dedah Wajah Muhammad Bilal Undang Perhatian Ramai

muka anak neelofa

Kembali menjadi perhatian ramai adalah muka anak Neelofa, personaliti terkenal tanah air, apabila tanpa sengaja mendedahkan wajah anak sulungnya, Muhammad Bilal, kepada umum.

Seperti sudah diketahui ramai, Neelofa walaupun sering berkongsikan gambar dan video anak-anaknya, beliau akan menggunakan penutup ‘filter’ atau ‘sticker’ di wajah mereka.

Baca juga: “Hard Work Paid Off” – Anak Kedua Dr Sheikh Muszaphar Dapat Tawaran Ke Kolej Tunku Kurshiah (TKC)

MUKA ANAK NEELOFA KEMBALI VIRAL, NETIZEN PUJI COMELNYA BILAL!

muka anak neelofa

Momen tersebut tular menerusi sebuah video berdurasi satu minit 35 saat yang memaparkan Neelofa membimbing Bilal membaca Surah Al-Fatihah.

Dalam rakaman itu, wajah Bilal kelihatan jelas, sekali gus mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat, memandangkan Neelofa sebelum ini sangat menjaga privasi anak-anaknya dengan menutup wajah mereka setiap kali dikongsi di media sosial.

Difahamkan, video berkenaan sebenarnya dirakam sekitar tahun 2024, ketika Bilal masih berusia dua tahun. Walaupun rakaman itu bukan video terkini, ia tetap mencuri tumpuan ramai, lebih-lebih lagi apabila dimuat naik semula sebagai sebahagian daripada video promosi produk makanan berasaskan kambing perap.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa teruja dan terharu melihat kecomelan Bilal yang sedang belajar membaca al-Quran sejak usia kecil.

“Ini masa Bilal kecil, sekarang dia dah besar dan pandai baca al-Quran. Comel sangat!”– netizen.

“Walaupun video lama dan Bilal masih kecil waktu ni, tetap comel..”– netizen.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Neelofa mendedahkan wajah Bilal. Sebelum ini, beliau pernah berkongsi wajah anak sulungnya ketika masih bayi selepas terdapat individu tidak bertanggungjawab menyunting dan menyebarkan gambar anaknya tanpa kebenaran.

Sebagai makluman, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor mendirikan rumah tangga bersama pendakwah bebas, PU Riz, pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, kini berusia empat tahun, dan Abdullah Abbas yang berusia dua tahun.

muka anak neelofa

Momen ringkas itu bukan sahaja mencuri perhatian peminat, malah turut memperlihatkan sisi keibuan Neelofa yang menitikberatkan pendidikan agama sejak usia awal anak-anaknya.

Baca juga: “Kita Satu Malaysia” – Kisah Ibu Cina Hantar Anak Ke Tadika PASTI Buat Ramai Tersentuh, Fasih Bahasa Melayu!

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×