Terkini, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan dibayar mulai minggu depan.
Baca lagi: Senarai Barang & Jenama Keperluan Asas Boleh Beli Guna Bantuan MyKasih 2025, Banyak Pilihan!
PENJAWAT AWAM DAPAT BANTUAN DUIT RAYA, BAYAR MINGGU DEPAN

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju menyalurkan BKK Aidilfitri sebanyak RM250 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.
“Kerajaan menimbang secara serius walaupun pada hemat saya (isu bonus penjawat awam) sudah diselesaikan pada bulan Februari tetapi kerana mengenangkan, pentadbiran itu lebih baik, khidmat mereka lebih baik dan kesungguhan yang ada.
“Maka saya putuskan, insya-Allah dalam minggu depan, kita akan salurkan Gred 56 ke bawah, RM500 bagi setiap penjawat awam dan untuk pesara, RM250 termasuk veteran dan veteran tidak berpencen,” katanya.
Selamat Hari Raya diucapkan dan selamat membeli barang keperluan!
Baca lagi: Penjawat Awam Negeri Selangor Terima ‘Duit Raya’ Tambahan Setengah Bulan Gaji, Negeri Lain Bila?
Sumber: Harian Metro
