Tular di laman media sosial apabila dikatakan seorang kanak-kanak lelaki anak yatim berusia tujuh tahun didakwa dipukul menggunakan tangan serta dilempang dua kali sehingga kepalanya terhantuk pada dinding sekolah yang terletak di Jalan Abdul Rahman, Johor Bahru.
Menurut pengadu yang dikenali sebagai Muhammad Nazirul Ekhmal Zairudin, dia ternampak kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.50 tengahari semalam (19 Mac) sewaktu mahu mengambil anak jagaannya di sekolah tersebut.
Baca lagi: Semakan Keputusan UPKK 2024 Dibuka, Mak Ayah/Penjaga Dah Boleh Semak Untuk Anak
LELAKI ITU PUKUL, TARIK TELINGA ANAK YATIM JAGAAN TERAPI BIL QURAN

Foto mangsa yang menangis selepas dipukul.
Jelas pengadu tersebut, dia melihat pelaku memukul anak jagaannya itu selain mendakwa mangsa yang dikenali sebagai Syamir telah menganggu anaknya.
“Saya nampak lelaki itu memukul anak jagaan saya menggunakan tangan, dia turut menarik telinga Syamir dari dalam sekolah sehingga ke luar sekolah.
“Dia juga melempang Syamir sebanyak dua kali sehingga terhantuk kepala di dinding sekolah.
“Dia juga ada mengugut jika warden atau guru datang, dia akan memukul Syamir di hadapan mereka,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.
Tambah Muhammad Nazirul, dia kemudiannya tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan kira-kira jam 3.45 petang semalam. Jelasnya, dia bertindak sedemikian kerana bimbang dengan keselamatan anak jagaannya itu pada masa hadapan.
“Saya datang ke balai buat laporan kerana mahu tindakan selanjutnya dan bimbang keselamatan anak jagaan saya,” ujarnya.
Malah, polis turut mengesahkan ada menerima laporan yang dibuat berhubung kejadian berkenaan.
Mangsa Yang Dihantar JKM Ke Pusat Perlindungan
Terdahulu, tular di media sosial hantaran pengasas Rumah Perlindungan Kanak-Kanak TBQ Amal, Herman Sudir berhubung perbuatan lelaki tersebut. Menerusi hantaran yang tular itu, Herman mendakwa mangsa merupakan anak yatim yang dihantar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke pusat perlindungan itu.
Malah, dia menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan undang-undang bagi mendapatkan keadilan. Namun jelas Herman, sekiranya anak di rumah perlindungannya didapati bersalah, kanak-kanak berkenaan tetap akan didenda mengikut prosedur serta dihantar menjalani khidmat kaunseling.
*Faham, memang anda marah tapi rasanya tidak perlu sampai ke tahap mencederakan anak orang lain bukan?
Baca lagi: Wanita Terkejut Jumpa Beg Berisi Bayi Perempuan Bertali Pusat, Muka Dah Bengkak Digigit Nyamuk…
Sumber: Kosmo, Herman Sudil
