Euforia Bola 2026
Asuh

Amaran Awal! Ini 7 Tanda Bahaya ‘Red Flag’ Pada Bayi Baru Lahir Yang Perlu Diperhatikan

bayi baru lahir

Kelahiran bayi adalah satu detik yang menggembirakan bagi ibu bapa, tetapi dalam tempoh awal kehidupan mereka, bayi baru lahir ini masih ‘rapuh’ dan memerlukan pemantauan rapi.

Oleh itu, sebagai ibu bapa atau penjaga, penting untuk mengenali tanda-tanda bahaya atau ‘red flag’  yang mungkin menunjukkan masalah kesihatan serius.

Baca juga: Wanita Terkejut Jumpa Beg Berisi Bayi Perempuan Bertali Pusat, Muka Dah Bengkak Digigit Nyamuk…

‘RED FLAG’ PADA BAYI BARU LAHIR YANG MOMMY KENA PERHATIKAN

bayi baru lahir

Foto: Freepik

1. Perubahan Warna Kulit

– Kebiruan pada bibir, muka, atau kuku (sianosis) : Boleh menandakan masalah pernafasan atau peredaran darah.
– Kulit kekuningan (jaundis) yang semakin teruk dalam 24 jam pertama: Mungkin menunjukkan masalah hati atau jangkitan.
– Kulit pucat atau kelabu: Boleh menandakan gangguan aliran darah atau kekurangan oksigen.

2. Masalah Pernafasan

– Pernafasan terlalu laju (>60 kali seminit) atau terlalu perlahan (<30 kali seminit).

Bunyi pernafasan yang tidak normal seperti rintihan. Dada bayi tertarik ke dalam ketika bernafas (retraksi) atau hidung bayi kembang-kempis.

3. Bayi Tidak Mahu Menyusu atau Terlalu Lemah

Bayi kelihatan terlalu lesu atau sukar untuk dibangunkan. Tidak berminat untuk menyusu atau hanya menyusu dalam jumlah yang sangat sedikit. Tiada refleks hisapan yang kuat.

4. Suhu Badan Tidak Normal

Demam (>38°C) atau Hipotermia (<36°C) : Boleh menjadi tanda jangkitan serius seperti sepsis.

5. Kejang atau Pergerakan Tidak Normal

– Pergerakan tangan atau kaki yang tersentak-sentak secara berterusan.
– Mata terbeliak ke atas atau bayi kelihatan tidak sedar.
– Tubuh terlalu kaku atau terlalu lembik.

6. Tidak Membuang Air Kecil atau Besar dalam Tempoh yang Sepatutnya

– Tidak kencing dalam 24 jam pertama: Boleh menandakan masalah buah pinggang.
– Tidak buang air besar dalam 48 jam pertama: Mungkin menunjukkan sumbatan usus.

7. Pendarahan yang Tidak Normal

– Tali pusat yang berdarah secara berterusan.
– Lebam yang banyak di badan tanpa sebab yang jelas.
– Najis berwarna hitam pekat atau bercampur darah.

*Jika bayi menunjukkan salah satu tanda ini, segera bawa ke hospital atau klinik berdekatan untuk pemeriksaan lanjut!

Baca lagi: Anak Hidap ‘Fires Epilepsy’ Penyakit Sawan Jarang Berlaku Di Malaysia, Kena Makan 21 Jenis Ubat Sehari!

Sumber: tentanganak.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×