Umum mengetahui, jenis sayur yang ada sudah tentunya mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan diri. Namun, jika anda mempunyai penyakit tertentu, sayuran tersebut boleh mengakibatkan penyakit lebih teruk.
Perkara ini dikongsikan dengan lebih lanjut oleh Dr Suri Roowi di laman Facebooknya dan meminta agar orang ramai lebih peka tentang ini.
Baca juga: Waktu Terbaik Untuk Makan Buah Pisang, Kalau Salah ‘Timing’ Bacaan Gula Boleh Jadi Tinggi!
JENIS SAYUR INI BAHAYA MAKAN KALAU ADA PENYAKIT

Freepik
Menurut Dr Suri Roowi, terdapat beberapa jenis sayur yang perlu dielakkan atau dikurangkan jika seseorang berpenyakit kerana akan ‘mengaktifkan’ penyakit dalaman.
“Kita sedia maklum sayur-sayuran memang banyak memberikan khasiat kepada kita tapi pada masa yang sama, jika kita tidak sihat atau berpenyakit, maknanya kita kena lebih berhati-hati.
“Contohnya sayur bayam, walaupun banyak khasiat tetapi ada vitamin K yang mampu mengakibatkan pembekuan darah. Jadi, kalau darah kita senang beku, memang dinasihatkan untuk elakkan makan sayur bayam.
“Selain itu, bayam juga tinggi satu bahan lain yang dikenali sebagai Oxalate yang mana tidak sesuai untuk yang mempunyai sejarah batu karang. Contohnya kalau dalam ahli keluarga atau diri sendiri ada sejarah batu karang, kena kurangkan makan sayur bayam,” jelasnya.
Sekiranya anda masih teringin untuk makan sayur bayam, caranya adalah bekukan terlebih dahlu di dalam peti ais sebelum masak. Teknik ini akan membantu menurunkan kandungan oxalate yang mengakibatkan batu karang.
Dr Suri Roowi turut menambah jenis sayur lain yang perlu dielakkan jika anda berpenyakit iaitu sayur manis kerana pengambilan secara berlebihan boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru.
Beliau turut memberitahu agar merebus pucuk ubi sebelum makan dan jangan dijadikan sebagai ulam. Hal ini kerana kandungan Cyanide dalam pucuk ubi boleh menyebabkan penyakit menyerang.
Jadi, diharapkan perkongsian artikel ini dapat memberi manfaat buat anda semua!
Baca juga: Berat Mata Memandang Keadaan Badan, Lebih Berat Lutut Nak Tampung!
Sumber: Facebook Dr Suri Roowi
